Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus komited membangunkan modal insan melalui penubuhan industri perbekalan elektrik negara. Antaranya,   penubuhan sebuah Pusat Latihan Teknikal di Kota Belud, Sabah bagi melatih warga kerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie berkata, selain SESB yang juga anak syarikat 83 peratus milik TNB , pusat latihan berkenaan juga memberi manfaat kepada kontraktor SESB dan masyarakat awam di Sabah.

Tenaga Nasional BerhadSelain itu, pusat latihan teknikal bagi kursus daya saing pencantum kabel yang pertama di Sabah dan mendapat pentauliahan Suruhanjaya Tenaga untuk mengendalikan latihan kepada pelatih dalam kategori pencantum kabel elektrik sehingga tahap voltan 33kV.

   Tenaga Nasional BerhadMerasmikan pusat itu baru-baru ini, Moggie, yang juga Pengerusi SESB berkata operasi pusat latihan tersebut turut membabitkan sebuah lagi anak syarikat 100 peratus TNB, iaitu TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS).

BACA JUGA :   Lihat Kumpulan K-Pop, IN2IT Menyanyikan Lagu 'Gemilang' Tanpa Pelat Korea

Menurutnya, penubuhan pusat itu adalah selari dengan hasrat TNB membangunkan modal insan berkaitan latihan teknikal dan perkhidmatan khusus yang dilaksanakan oleh ILSAS untuk TNB dan industri tenaga sejak 40 tahun lalu.

Menurut Moggie, “Sejak 1978 lagi, ILSAS giat membangunkan tenaga mahir yang kini dikenali sebagai Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET). Menerusi ILSAS, tiga tahun kebelakangan ini TNB membelanjakan RM90 juta setahun untuk pembangunan modal insan ini”.

Tenaga Nasional Berhad

Selain ILSAS, pembabitan TNB membangunkan modal insan turut membabitkan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN).

Daripada 27,729 siswazah yang dilahirkan Uniten sejak penubuhannya pada 1997, seramai 12,505 atau 45 peratus adalah lulusan kejuruteraan.

BACA JUGA :   SWD Nafi 6,100 Orang Utan Dibunuh Di Sabah Antara Tahun 1999 - 2015

Tenaga Nasional BerhadTahun lalu, Uniten berada dalam kelompok dua peratus terbaik daripada 26,000 universiti di seluruh dunia, berdasarkan QS World University Rankings mengikut subjek Kejuruteraan dan Teknologi.

“YTN pula menawarkan 11,000 biasiswa dan pinjaman boleh ubah sejak 1993 lagi,” kata Moggie lagi.

Pada 2017, YTN membelanjakan RM55.78 juta bagi penajaan rakyat Malaysia yang cemerlang menyambung pendidikan di universiti tempatan dan luar negara, menjadikan keseluruhan lebih RM1 bilion dilaburkan untuk tujuan itu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here