trenton lewis

Demi seorang anak Trenton Lewis sanggup berjalan 17 kilometer setiap hari ke tempat kerjanya. Walaupun hanya berjalan kaki setiap hari beliau tidak pernah lewat sampai ke tempat kerjanya, kerana anaknya adalah pembakar semangatnya berbuat demikian.

 

Trenton Lewis yang berusia 21 tahu itu sudah bergelar ayah dan tanggungjawab membesarkan anaknya harus dilaksanakan walau apa pun cabaran dihadapinya dan beliau mula berjalan kaki sejak tujuh bulan yang lalu.

Trenton Lewis tidak mahu menjadikan alasan berjalan kaki itu sebagai punca dia sampai lewat. Oleh itu untuk memastikan beliau sampai tanpa kelewatan dia akan memulakan perjalanan dari rumahnya pada jam 12 pagi sebelum bermula shifnya pada jam 4 pagi.

trenton lewis
setiap hari berjalan 17 kilometer ke tempat kerja

Perjalanan 17 kilometer untuk sampai ke pejabat beliau bukan mudah, ia terletak di Bangunan UPS, Little Rock, Arkansas, Amerika Syarikat. Bagi sesiapa yang berada di tempat Lewis ini belum tentu mereka dapat melakukannya tanpa keluhan.

Trenton Lewis juga mengatakan, dia melakukan sedemikian semata-mata untuk menyara anaknya, Karmen yang berusia 14 bulan yang juga merupakan pembakar semangatnya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

“Saya mahu sentiasa bersama anak perempuan saya dan mahu mendapat sokongan daripadanya. Saya juga mahu menjadi seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab,” ujarnya.

trenton lewis

Beliau turut menyatakan bahawa dia perlu kuat untuk meneruskan kerja rutin setiap hari, malah selepas kehadiran anak perempuannya yang berusia 14 bulan itu semangatnya juga semakin kuat membara untuk memastikan beliau dapat menyara kehidupan bersama anaknya.

Tidak pernah berkongsi keperitan yang dilaluinya setiap hari, dan hanya seorang yang mengetahui hal tersebut iaitu Patricia Bryant yang juga rakan sekerjanya.

Patricia sebagai rakan sekerja Lewis tidak mahu melihat rakannya itu terus merasa sakit lelah apabila bejalan kaki sejauh 17 kilometer setiap hari. Rakannya itu bertindak secara senyap memberitahu suaminya Kenneth Bryant yang turut bekerja di tepat sama.

Kenneth Bryant telah mengambil keputusan membantu Lewis, tanpa pengetahuan Lewis juga Bryant telah mengutip sumbangan daripada rakan sekerja yang lain. Pastinya Bryant mempunyai rancangan yang baik untuk membantu rakannya yang dalam kesusahan itu.

“Jika seseorang mempunyai kegigihan seperti itu, saya sedia membantu mereka. Kami hanya ingin sama-sama membantu setakat mana yang kami mampu,” ujar Kennet.

Hasil dari sumbangan itu mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM8,000 dan sudah cukup untuk menghadiahkan sebuah kereta buat Lewis untuk kegunaannya pergi kerja.

Hadiah sebuah kereta Saturn Ion diberikan sebagai kejutan dihadapan pejabat mereka dan disaksikan oleh semua pekerja-pekerja UPS pada ketika itu.

“Hadiah sebuah kereta ini adalah yang pertama kali dalam hidup saya. Saya mempunyai rakan kerja yang sangat hebat!” ujar Lewis sambil mengucapkan terima kasih berulang kali kepada rakan sekerjanya itu.

“Tidak semua yang mengenali lewis di pejabat itu, tapi setelah mengetahui apa yang dilalui oleh beliau mereka semua turut memberi bantuan bagi mengurangkan beban,” ujar Kennet.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here