Masalah orang zaman sekarang mudah lupa dan bersikap cuai sehingga wallet sendiri boleh tercicir di dalam kereta awam, kedai, pejabat dan sebagainya. Memang cuak kalau benda penting kita hilang tanpa menyedarinya. Apa yang akan anda lakukan dan harapkan jika perkara tidak diingini itu berlaku? Mestilah harapan barang dalam wallet tu tak hilang kan?

 

Tapi kali ini ada berita gembira buat anda semua yang sering mengalami masalah tersebut. Sebuah syarikat diumumkan oleh Oddity Central (OC), merupakan sebuah syarikat terletak di Armenia, Volterman menemukan jalan penyelesaian masalah anda dengan mencipta Volterman Smart Wallet.

Volterman telah mencipta kaedah baru untuk menemukan wallet anda jika ianya tercicir. Mereka berjaya mencipta wallet pintar yang mengandungi 5 ciri tersendiri dan bakal membantu anda di luar sana.

Jom baca 5 ciri terhebat yang perlu anda ketahui sebelum memilikinya;

#1. Mempunyai GPS

volterman smart wallet

Kelengkapan GPS pada Volterman Smart wallet akan memudahkan anda untuk mengetahui kedudukan semasa dompet itu berada, samada ia terjatuh di tempat tersembunyi atau diambil oleh seseorang. Macam mana pula nak gunakan kemudahan GPS tu? Eh sabar dulu, tak habis lagi. Jika ianya berlaku anda hanya perlu membuka aplikasi Volterman dan ia akan menunjukkan kedudukan dompet itu berada.

#2. Kamera

volterman smart wallet

Volterman Smart wallet ni memang hebat wei..ada kamera pulak tu, boleh selfie guna wallet la lepas ni. Hmm kalau selfie cepat je nak. Fungsi yang terdapat pada dompet tersebut adalah bagi membantu anda untuk mengenalpasti wajah individu yang membuka atau mengambil dompet anda. Bukan untuk selfie akak-akak dan abang-abang semua!

“Sekiranya sesiapa saja yang membuka dompet anda tanpa pengetahuan maka kamera tersebut akan memetik wajah mereka yang berbuat demikian dan terus menghantar ke aplikasi dalam telefon pintar anda,” ujar pengasas Volterman, Azat Tovmasyan kepada OC.

“Kami juga telah mencipta dompet yang tidak akan hilang. Jika ia hilang juga anda boleh membuat laporan kerana wajah si pencuri telahpun dikirim kepada anda,” ujarnya lagi.

#3. Power bank

volterman smart wallet

Wow! Wow! Wow! Memang berbaloi Volterman Smart Wallet ni..

Sering mengalami masalah bateri telefon habis? Tidak perlu risau lagi, Wallet Volterman membantu anda. Direka khas dengan kuasa dibekalkan antara 2,000mAh hingga 5,000mAh, ianya juga cukup untuk mengembalikan semula tenaga telefon anda.

#4. Sistem Warning

volterman smart wallet

System amaran berfungsi untuk mengingatkan anda sekiranya dompet tertinggal. Jika anda memilih untuk memadankan (sync) dompet tersebut kepada telefon bimbit melalui aplikasi Volterman, ia akan dilengkapkan dengan sistem amaran.

Jika jarak antara anda dengan dompet itu melebihi 10-15 meter dari telefon bimbit maka ia akan berbunyi secara automatik sebagai peringatan. Bukan sahaja telefon yang berbunyi jika terpisah, Volterman Smart Wallet juga akan berbunyi untuk memberi amaran. Haa best bukan? Jangan tunggu lagi, kalau berminta boleh buat order hehe…

#5. Wi-Fi hotspot

volterman smart wallet

Bimbang dengan masalah Wi-Fi atau tidak mahu menggunakan data internet sendiri? Usah risau kerana OC menyatakan Volterman Smat Wallet tersebut dilengkapi dengan ciri Wi-Fi hotspot tersendiri. Malah internet yang ditawarkan juga adalah dua kali ganda lebih rendah berbanding yang anda gunakan sekarang.

Idea ini juga tercetus apabila anak perempuan Azat yang telah kehilangan dompetnya ketika meletakkannya di dapur. Untuk mengurus segala dokumen penting yang terdapat di dalam dompet anaknya juga mengambil masa sebulan untuk disiapkan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here