beras perang

Pihak berkuasa Singapura yang giat dalam usaha meggalakkan penduduknya memilih makanan yang lebih sihat, nampaknya mula menunjukkan hasil baik. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, penduduk tempatan kini juga mula memilih beras perang berbanding beras putih kerana mengandungi khasiat lebih baik.

 

Terdapat bebrapa kebaikan sekiranya masyarakat menggantikan pengambilan beras putih kepada beras perang, antaranya adalah seperti berikut:

#1. Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser Colon

Tahap selenium yang tinggi, serta fenol tertentu yang terdapat dalam beras perang boleh dikaitkan dengan mengurangkan risiko kanser kolon. Fenol ini terdapat di dalam banyak kepekatan yang tinggi dalam beras perang berbanding beras putih putih. Kandungan serat yang tinggi dalam beras perang juga boleh menyumbang kepada kolon yang sihat dan sistem penghadaman yang baik.

 

#2. Mencegah Dari Penyakit Jantung

Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit yang sering menjadi punca kematian seseorang secara mengejut. Oleh itu, untuk mengekalkan kesihatan anda, beras perang adalah pilihan terbaik yang mana ia sebenarnya mengandungi kandungan serat yang tinggi, oleh itu ia dapat menawarkan beberapa perlindungan terhadapt penyakit kardiovaskular atau dikenali sebagai penyakit sakit jantung. Berdasarkan satu kajian dijalankan di Philadelphia mencadangkan bahawa lapisan tisu sekitar beras perang boleh mengurangkan tindakan protein Angiotensin II, yang mana dikenali untuk meningkatkan aterosklerosis dan tekanan darah (punca sakit jantung).

BACA JUGA :   Khasiat Air Nira Terhadap Kesihatan Tubuh Badan Anda

 

#3. Perlindungan Terhadap Kanser Payudara

Didapati bahawa ‘Phytonutrient Lignin’ yang terdapat dalam beras perang dipercayai menghalang pertumbuhan sel-sel kanser pada payudara.

 

#4. Mengurangkan Kolestrol

Ramai diantara kita mengidapi penyakit kolestrol, jika anda salah satunya maka boleh mngamalkan pengambilan beras perang ini. Beras perang adalah sumber terbaik serat larut, yang mana ia membantu mengurangkan kolestrol LDL ‘jahat’ di dalam darah.

Selain itu, juga mengandungi minyak atau ekstrak minyak dedak padi yang berupaya membantu untuk menurunkan paras kolestrol berbahaya dan memulihkan tekanan darah.

 

#5. Mengekalkan Beras Badan Ideal

Berat badan adalah punca seseorang menjadi kurang keyakinan diri disebabkan oleh berat badan yang menyukarkan mereka bergerak atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti hiking dan sebagainya. Diet yang tinggi dengan serat cenderung untuk mengenyangkan anda dan menyumbang kepda berat badan lebih sihat.

Jika mempunyai masalah berat badan, bertukarlah kepada pengambilan beras perang kerana ia mempunyai sumber terbaik serat dan mempunyai indeks glycemic lebih rendah berbanding nasi putih. Oleh itu, anda akan berasa kenyang untuk jangka panjang dan membantu anda mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.

BACA JUGA :   Khasiat Air Nira Terhadap Kesihatan Tubuh Badan Anda

 

#6. Mengekalkan Kesihatan Pada Usus

Beras perang yang mengandungi jumlah terbaik serat larut yang tetap dalam usus dan membantu proses penghadaman serta perkumuhan. Serat ini menarik air ke usus dan dengan cara ini menyebabkan pergerakan usus lebih lancar dan mencegah daripada penyakit sembelit.

 

#7. Mengawal Tahap Gula Dalam Darah

Kandungan serat dalam beras perang ini membolehkan proses pencernaan karbohidrat itu lebih perlahan berbanding bijirin biasa (seperti beras putih). Bermakna pelepasan gula dalam darah lebih perlahan dan terkawal.

Selain itu, mempunyai kandungan indeks glycemic (GI) yang lebih rendah berbanding bijirin lain. Cara diet yang kaya dengan GI rendah dan mengandungi serat tinggi menjadikan paras glukosa darah lebih stabil dan membantu untuk mengurangkan risiko mendapat diabetes jenis 2.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber: mynewshub

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here