Setelah melantik Neelofa sebagai pengarah bukan eksekutif beberapa bulan yang lalu, kali ini syarikat penerbangan tambang murah terkemuka dunia, AirAsia Bhd merekrut legenda bola sepak Brazil iaitu Roberto Carlos sebagai duta global mereka.

 

Loading...

CEO AirAsia dan AirAsia X Co-Group, Tan Sri Tony Fernandes menjelaskan bahawa syarikat itu sangat berbangga kerana mempunyai seorang juara dunia yang berdarah ‘pejuang’ sebagai duta AirAsia.

“Bekas pemain antarabangsa Brazil itu menunjukkan semangat yang membara untuk memburu impiannya. Bermula sebagai kanak-kanak biasa di kawasan Garca, Roberto Carlos mula menjadi pemain bola sepak profesional sejak berumur 12 tahun. Apabila dia inginkan sesuatu, dia pasti akan melakukan sehabis baik untuk mendapatkannya”, ujar Fernandes.

BACA JUGA :   Neelofa Juga Menggunakan OPPO F5 Red Edition, Anda Bila Lagi?

Roberto Carlos

Bagi Roberto Carlos pula, pelantikan tersebut merupakan satu impian yang sudah lama diidam-idamkan.

Beliau diberi jolokan “The Bullet Man” kerana tekniknya menghasilkan sepakan percuma yang deras dan padu. Seluruh dunia pasti masih mengingati sepakan percumanya yang laju menerjah gawang ketika menentang Perancis yang disifatkan antara gol tercantik sepanjang zaman.

Sepanjang kariernya, Carlos mewakili Brazil di tiga kejohanan Piala Dunia FIFA dan juga merupakan watak penting di dalam kejayaan Brazil menjuarai Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Korea & Jepun.

Roberto Carlos
Gol sepakan percuma menentang Perancis

Di peringkat kelab pula, Carlos telah memenangi 4 kejuaraan La Liga dan 3 kali pemenang Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1998, 2000 dan 2002 bersama Real Madrid.

BACA JUGA :   Lihat Idea Kreatif Budak 6 Tahun Yang Berjaya Memenangi Sejuta BIG Point AirAsia

Semoga pelantikan Roberto Carlos ini akan menaikkan imej positif jenama AirAsia di mata penumpang di seluruh dunia.

Sumber : BERNAMA

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here