Suatu perkara sering kita dengar yang mana terdapat beberapa buah negara di dunia mengalami empat musim pada tahun. Tapi perkara ini seringkali didengari oleh orang ramai. Bagaimana pula dengan satu kejadian yang mengejutkan apabila fenomena salji oren yang berlaku di Eropah iaitu, Rusia, Bulgaria, Ukraine dan Romania.

 

Loading...

Fenomena mengejutkan itu tular dengan cepat sehingga pelbagai netizen menganggap dan menyamakan keadaan itu seolah-olah permukaan Marikh. Jika anda melihatnya, suasana itu seperti waktu senja.

Keadaan persekitaran telah dipengaruhi oleh fenomena salji oren menyebabkan suasana nampak berbeza dan seperti waktu siang itu mulai ditelan kegelapan malam.

Salji oren yang berlaku itu, dilaporkan berlaku di empat buah resort pelancongan, malah terdapat lagi di beberapa kawasan dilaporkan salji turun berwarna coklat. Lihat gambar di bawah ini;

Jika sebelum ini kita sering melihat salji berwarna putih, tapi hari ini salji sudah mula bertukar menjadi oren. Apa perasaan anda jika mendapat tahu tentang fenomena pelik ini? Memang kita tahu ia disebabkan oleh fenomena alam, tapi apakah sebenarnya yang berlaku disekeliling kita?

Sejurus mengetahui fenomena salji oren, sepasukan saintis dari Hydrometereology And Monitoring Of The Black And Azov Seas tiba di kawasan resort pelancongan di Sochi bagi tujuan utama untuk mengkaji fenomena luar biasa tersebut.

Menurut seorang jurucakap, kejadian itu berlaku mungkin disebabkan oleh angin yang meniup pasir dari padang pasir Sahara yantg kemudiannya gugur sebagai hujan.

Dijangkakan keadaan salji berwarna oren itu akan pulih semula dalam tempoh dua hari lagi. Kejadian pelik itu mula tular menerusi perkongsian gambar-gambar salji oren dan mula memenuhi ruang media sosial di Bulgaria, Ukraine dan Romania.

Jika sebelum ini, fenomena sebegini pernah berlaku pada tahun 2007, salji berwarna oren melanda Siberia dan ia dikatakan mempunyai kaitan dengan rebut pasir di kawasan berhampiran.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber: mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here