Syarikat operasi kereta tambang yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Uber Technologies telah memutuskan untuk menjual operasi mereka di Asia Tenggara kepada pesaing utama, Grab.

 

Loading...

Menerusi pembelian itu, Uber akan menerima 27.5% saham di dalam Grab, manakala CEO Uber iaitu Dara Khosrowshahi dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Grab untuk terus menerajui operasi mereka di pasaran Asia Tenggara.

Grab uber

Uber sebelum ini melakukan pelbagai cara untuk bersaing dengan Grab, termasuklah menjalankan kerjasama dengan ComfortDelGro iaitu pengendali teksi terbesar di Singapura serta Howa, sebuah syarikat teksi ternama di Thailand.

Walaubagaimapun, Uber masih ketinggalan di belakang pesaing mereka itu dari segi jumlah penumpang dan pemandu.

BACA JUGA :   Tempat-Tempat Yang Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang

Hakikatnya, servis operasi ‘kereta tumpang’ Uber bukanlah bisnes yang mendatangkan banyak keuntungan pun. Oleh sebab itu, CEO mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan kos dan menstruktur semula syarikat terbabit.

Grab
CEO Uber yang baru, Dara Khosrowshahi

Dengan menjual operasi mereka di Asia Tenggara, Uber akan dapat memberi fokus kepada cabang bisnes lain yang lebih mendatangkan keuntungan.

Pujian juga harus diberikan kepada Grab kerana bijak merangka strategi dalam persaingan dengan Uber. Lihat sahajalah, nilai syarikat itu terus mencanak naik kepada $6 bilion hanya dalam masa enam tahun sejak ditubuhkan.

Bagi Grab, menguasai pasaran ‘kereta tambang’ di Asia Tenggara merupakan objektif yang sangat penting. Justeru, apabila peluang untuk membeli syarikat pesaing mereka muncul, mereka tidak boleh melepaskannya begitu sahaja.

BACA JUGA :   Informasi Sangat Berguna - Penjagaan Telinga Anda
Sumber : Nikkei Asian Review

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here