bus stop pintar

Teknologi sememangnya dilihat berkembang pada setiap hari melalui pelbagai kajian dilakukan oleh manusia, tidak kira di mana, kita akan dapat melihat fungsi dan kehebatan teknologi dunia. Setiap negara juga sedang berusaha untuk mencipta pelbagai teknologi yang memberi manfaat kepada manusia.

 

Loading...

Salah sebuah negara yang kita ketahui telah mencipta bus stop pintar pertama dunia iaitu hasil dari negara Singapura. Hal ini kerana mengikut kepada kajian saintifik yang dilakukan oleh penyelidik luar mendapati pencemaran udara bus stop di negara itu sangat tinggi.

Negara kecil tetapi mempunyai kepadatan penduduk. Cuba anda bayangkan pada setiap hari 3.8 juta penumpang yang menggunakan bus stop  yang lebih kurang 4, 000 buah hentian yang telah dibina di Singapura, mereka terpaksa mengirup gas toksik yang lebih tinggi risikonya berbanding di stesen kereta api bawah tanah.

gamabar hiasan

Kajian tersebut didedahkan dan masyarakat Singapura gempar dengan penemuan tersebut. Oleh itu, langkah bijak yang dilakukan adalah dengan mencipta bus stop pintar. Langkah ini ia akan memberi kesan dan manfaat baik kepada masyarakat di negara itu kelak.

Sebuah firma tempatan iaitu ST Engineering telah membuat pelancaran bus stop baharu dengan bermatlamat meningkatkan lagi pengalaman penumpang yang sedang giat diuji di Plaza Singapura. Bus stop pintar itu dikenali sebagai ”Arbitat Oasis” dan penciptaan itu adalah yang pertama berjaya dihasilkan oleh negara pulau tersebut.

Inisiatif baharu berfungsi untuk menangani masalah pencemaran udara dan ruang panas, malah ia juga membolehkan meningkatkan suhu di hentian berkenaan.

Ciri istimewa yang terdapat pada bus stop pintar itu adalah seperti dapat menarik udara panas sebelum menyejukkannya dan membawa udara kepada hanya 24 darjah celsius. Suhu itu sudah cukup baik bagi para penumpang kerana ia tidak terlalu panas dan memberi  udara yang segar sepanjang berada di hentian.

Selain itu, ia juga mempunyai sistem pembersih udara yang dapat menapis zarah-zarah pembawaan udara berbahaya kepada manusia. Selepas itu baru lah udara segar akan disalurkan dan dilepaskan ke dalam bus stop berkenaan menerusi alat yang diletakkan di bahagian atas.

Sistem itu berfungsi lebih baik daripada pendingin biasa yang menggunakan bahan penyejuk (refrigerant) atau mesin pemampat (compressor) dan menjimatkan kuasa sehingga 70 peratus berbanding penyaman udara biasa.

Keistimewaan lain yang dimiliki iaitu dapat memantau aliran trafik penumpang dan sistem computer khas untuk mengenal pasti sekiranya terdapat pergerakan mencurigakan dan mungkin mengundang kepada jenayah.

gambar hiasan

“Selain panel interaktif yang memaparkan maklumat terkini tentang persekitaran. Pereka bentuk Bandar Pintar perlu ada pandangan baharu prasarana agar rakyat raih manfaatnya,” ujar Ketua ST Engineering Open Lab, Gareth Tang.

Bus stop pintar akan diuji selama 12 bulan dan hasil ujian ini akan dikongsi dengan pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan agensi-agensi pemerintah lain, kata pengarah kumpulan pengangkutan awam LTA, Teo Tech Guan.

“Kami sangat gembira kerana dapat memberi platform untuk menguji idea inovatif dalam usaha meningkatkan pengangkutan darat dan kami juga mengalu-alukan idea baharu daripada syarikat lain untuk meningkatkan lagi pengalaman penumpang,” tambahnya lagi.

Pada srtiap hari juga jutaan pengguna yang menaiki sejumlah 4,200 buah bas awam domestik dan diuruskan oleh tiga buah syarikat operator. Ia juga meliputi 300 laluan perjalanan di seluruh Singapura.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here