heal mask

3 pelajar daripada Sekolah Madrasah Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al Maad) yang mewakili Malaysia dalam pertandingan Beijing Youth Science Creation Competition (BYSCC) 2018 berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan pemenang pingat emas menerusi ciptaan Heal Mask (topeng muka organik).

Mereka bertiga yang bernama Nur Aisyah, Najah dan Nurul Athirah masing-masing berusia 16 tahun, berjaya memikat hati para juri menerusi ciptaan mereka di pertandingan yang berlangsung di Universiti Sains Bejing, China.

Heal Mask ciptaan mereka itu bukan sahaja mendapat tempat pertama malah berjaya mengalahkan peserta lain daripada 19 buah negara, antaranya Thailand, Ukraine, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Autralia, Denmark dan Taiwan. Hebat bukan?

gambar hiasan

Tetapi apakah salah satu ciri yang membuatkan Heal Mask mendapat tempat pertama?

Topeng ini sebenarnya 100 peratus dibuat daripada hampas tebu yang diproses. Sekali gus dikategorikan sebagai produk hijau, mesra alam dan proses untuk melupuskannya juga hanya mengambil masa yang singkat berbanding topeng lain sedia ada.

Heal Mask itu juga mengambil masa setahun untuk diuji keberkesanannya. Ciptaan itu diuji oleh tiga pelajar terbabit bersama-sama guru yang merangkap ketua kajian atau guru pengiring iaitu Encik Mohd Faizul. Setelah hampir setahun bersusah payah, akhirnya kerja keras mereka membuahkan hasil yang sangat mengagumkan.

Heal Mask ini berfungsi sebagai topeng mulut yang akan menapis udara kotor, gas berbahaya, bakteria dan juga debu halus di udara.

Selain itu, ianya dapat membantu para pemakai yang sedang menghidap penyakit selesema akibat bakteria dan debu halus dengan penggabungan aroma terapi yang ada pada Heal Mask tersebut.

heal mask

Topeng muka itu direka sebagai satu rekaan praktikal dan amat penting dalam industri pembuatan dan pembinaan. Melihat operasi pembangunan yang begitu pesat hari ini, pastinya heal mask sesuai digunakan oleh mereka yang terlibat dalam sesuatu projek pembuatan dan pembinaan.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Al Maad ini serta guru mereka yang begitu kreatif dalam menghasilkan ciptaan mesra alam di zaman ini. Diharapkan agar pelajar-pelajar lain dapat mencontohi kejayaan mereka ini di masa akan datang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here