kucing

Ramai di antara pemilik kucing di luar sana kerap menjadikan nasi sebagai makanan rutin kepada kucing kesayangan mereka. Tapi adakah anda tahu bahawa nasi bukanlah makanan yang sesuai kepada haiwan peliharaan anda itu?

 

Kebiasaannya nasi yang diberikan kepada kucing peliharaan adalah nasi yang sudahpun dicampurkan dengan ikan, ayam atau daging, dan secara tidak langsung kucing akan memakan nasi tersebut kerana bercampur dengan isi ikan dan ayam.

Namun, perbuatan itu tidak betul  dan buakanlah yang terbaik untuk si kucing comel. Satu kajian yang temui oleh seorang Pakar Bedah Veterinar, Dr. Nurzaty Hamid, nasi bukanlah makanan terbaik untuk kucing kerana ia akan memberi kesan terhadap sister pencernaan kucing.

Lihat antara sebab kenapa nasi tidak sesuai untuk kucing anda;

#1. Bahan gizi pada kucing masih tidak mencukupi dengan memberikan nasi dan ikan.

Sekiranya anda sering memberi ku nasi bercampur ikan, kucing anda akan mengalami kekurangan lemak, mineral zinc, vitamin E dan vitamin B 12. Padahal mineral dan vitamin itu sangat penting untuk tubuh sebagai sokongan dalam meningkatkan metabolisma. Jika tubuh kekurangan zat yang diperlukan maka kondisi tubuh akan terganggu.

BACA JUGA :   Fakta Unik Tentang Kucing yang Kita Tidak Tahu

#2. Nasi merupakan karbohidrat, tetapi kucing tidak terlalu memerlukannya.

Semua tahu nasi adalah karbohidrat dan amat penting kepada manusia untuk menghasilkan tenaga bekerja. Tetapi bagi si kucing ia amatlah tidak sesuai, untuk menghasilkan tenaga kucing tidak memerlukan karbohidrat, sebaliknya mendapatkan tenaga daripada protein.

#3. Pengambilan nasi berlebihan boleh meyebabkan gangguan kesihatan si kucing.

Kucing memiliki sedikit enzim amilase, enzim yang penting untuk mengubah karbohidrat menjadi lebih sederhana. Malah, nasi juga akan bertukar menjadi glukosa, tetapi bagi kucing tidak semua perlu ditukar kepada glukosa kerana enzim yang terbatas.

Kelebihan karbohidrat pada saluran pencernaan boleh menyebabkan peningkatan pencapaian mikroba, oleh itu ia menyebabkan gangguna pada saluran pencernaan dan mengakibatkan kesukaran proses pembuangan najis. Malah, bau busuk yang tidak menyenangkan juga akan mengganggu anda kerana bau masam. Selain itu, karbohidrat berlebihan juga akan meningkatkan pembiakan bakteria di saluran dan menimbulkan gas yang boleh membuatkan perut menjadi kembung.

Menurut Dr. Nurzaty Hamid, sistem pencernaan kucing sebenarnya sukar untuk menghadam nasi, jika terlalu banyak memakan nasi ia boleh menyebabkan masalah kesihatan dan kerosakan pada buah puinggang kucing anda.

BACA JUGA :   Kenali 7 Jenis Baka Kucing di Seluruh Dunia

Jika ikan dihancurkan terlalu halus dan digaul dalam nasi, kucing akan makan ikan tersebut bersama nasi yang banyak. Berbeza dengan sistem pencernaan manusia yang boleh menghadam nasi dengan mudah, tetapi si kucing tidak berkemampuan seperti itu.

“Perut kucing hanya sesuai untuk bahan makanan berasaskan daging,” ujar beliau. Secara semula jadi kucing juga adalah haiwan pemakan daging dan sistem pencernaan adalah untuk karnivor, berbeza dengan anjing yang jenis omnivor.

Untuk pengetahuan anda juga, proses pencernaan berfungsi dengan beberapa protein dan asid amino yang tidak akan diperolehi selain ikan dan ayam. Makanan yang paling sesuai adalah ikan dan ayam direbus dan baiknya dapatkan makanan kucing yang telah direka khas.

Sekiranya kucing anda juga sering diberi makan nasi putih, boleh dilakukan dengan memberi jumlah nasi yang sedikit dan untuk jangka pendek sahaja. Sebaik-baiknya anda menukarkan kepada nasi beras perang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here