Sebuah filem terkenal Marvel : The Avengers – Infinity War yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menjadi satu penantian dan dijangka akan memecahkan panggung. Wow! Aksi hebat adiwira Avengers bakal kita saksikan pada April nanti. Tunggu dan sila bersabar okay!

Memang hebat trailer Infinity War kali ini, sehinggakan sekumpulan pelajar telah meniru aksi adiwira tersebut bagi menyiapkan tugasan projek kelas Bahasa Inggeris mereka. Sebelum ini ‘panama dance’ berjaya cuit hati netizen, tapi kali ini sekumpulan pelajar kreatif ini pula yang mengambil alih tempat tersebut dengan aksi ditiru daripada trailer Infinity War.

Lakonan sekumpulan pelajar itu sungguh menarik sehingga mencuit hati para netizen.  Masing-masing mengambil watak adiwira dengan pelbagai alatan rumah sebagai ‘senjata canggih’ yang digunakan oleh adiwira di dalam trailer berkenaan.

Hasil video itu dikongsikan di laman Twitter oleh Aiman Sany pada Sabtu lalu dan sehingga hari ini mendapat tontonan 1.5 juta kali selain turut mendapat lebih 45,000 ulang kicau dan semakin tular dan bukan hanya di Malaysia tetapi juga di luar negara.

BACA JUGA :   Karakter Captain America Bakal Ditamatkan Selepas Sekuel Avengers 4 ?

Video ringkas itu telah mendapat perhatian adik-beradik Russo iaitu Anthony dan juga Joe sendiri yang juga merupakan pengarah kepada filem Marvel tersebut.

Namun begitu, menerusi posting di Twitter milik mereka, kesemua adik-beradik Russo memberikan pujian kepada Aiman dan rakan-rakannya sebagai individu yang genius dan dilihat mereka juga diminta untuk mengarahkan filem Avenger ke-5 pada masa akan datang.

sumber foto : munewshub

Dalam aksi tiruan tersebut Aiman bersama rakan-rakannya telah menggunakan ‘alatan rumah’ untuk dijadikan ‘senjata canggih’ seperti pinggan, batang penyapu, jag air dan juga penyepit baju milik mereka. Nampak kelakar tetapi aksi tiruan itu juga dilihat sungguh kreatif dengan idea-idea untuk meniru aksi sebenar adiwira Avengers.

Di satu babak, jambatan yang ditunjukkan dalam trailer asli filem berkenaan dihasilkan semula menggunakan buku nota dan tin biskut, selain menggunakan bijirin Koko Krunch untuk mendapatkan effect askar menyerang adalah sangat kreatif.

BACA JUGA :   Tonton Trailer Black Panther Yang Penuh Dengan Aksi Di Sini
avengers
sumber foto : mynewshub

Boleh dilihat pada bahagian bawah kiri yang ditunjukkan aksi sebenar adiwira, mereka melakukan penuh komitmen sehingga dapat menghasilkannya dengan lebih baik.

Apabila mula tular video tersebut, pihak GSC Movies turut kagum dengan kreativiti Aiman bersama rakan-rakannya. Oleh demikian mereka telah ditawarkan tiket percuma untuk menonton filem The Avengers – Infinity War pada 27 April nanti.

Idea simple tetapi mereka dapat hasilkan sebuah video yang sangat baik dan berkualiti disamping mereka turut diberi pujan oleh majoriti neziten yang melihat aksi mereka. Tahniah!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here