Sumber foto : The Malay Mail Online

Pelajar cemerlang STPM yang tular kerana hidup tanpa kerakyatan, kini menerima tawaran biasiswa yang ketiga. Dia sebelum ini ditawarkan biasiswa oleh dua universiti terkemuka dalam negara iaitu Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

 

Loading...

Roisah Abdullah, 21, mendapat keputusan 7A dalam SPM dan 9A dalam PMR namun gagal menyambung pelajaran ke peringkat tinggi kerana tiada dokumen warganegara.

pelajar tanpa kerakyatan
Kredit foto : Mukhriz Hazim, The Malay Mail Online

Roisah turut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan biasanya akan mudah menerima tawaran universiti dan biasiswa. Malangnya, dari sudut perundangan, Roisah dikategori sebagai tidak memiliki kerakyatan meskipun lahir dan dibesarkan di Malaysia.

Dia dibesarkan oleh ibu angkatnya, Satrah Nabowah sejak kecil. Ibu angkatnya itu sudah meninggal pada tahun 2014. Menurut laporan, ibu kandung Roisah adalah warga asing manakala identiti bapanya pula masih belum dapat dikenalpasti.

BACA JUGA :   Ujian PK Bakal Mudahkan Lepasan SPM & STPM Pilih Bidang Pengajian Yang Diminati

Hidupnya terumbang-ambing kerana tidak mempunyai kad pengenalan. Dia pernah memohon kerakyatan pada 2011 dan 2013 tetapi ditolak. Bekas penuntut SMK Sungai Kapar Indah itu hanya mempunyai keputusan peperiksaan tetapi tidak boleh pergi jauh tanpa dokumen kerakyatan tersebut.

pelajar tanpa kerakyatan

Tawaran biasiswa terbaru ini diberikan oleh cawangan tempatan Henley Business School di bawah University of Reading Malaysia (UoRM). Institusi pengajian itu menawarkan peluang untuk Roisah menyambung pengajian di sana, yang merupakan antara 30 terbaik di dunia.

Tawaran tersebut turut dilengkapi dengan penajaan penginapan di Student Village, yang disediakan oleh EduCity Iskandar Malaysia di Nusajaya, Johor.

Selain itu, Roisah turut layak untuk menjalani latihan industri selama satu tahun di salah sebuah daripada lima firma perakaunan terulung di Malaysia pada tahun akhir jika beliau berjaya menghabiskan pengajiannya.

BACA JUGA :   Kolej Dar al-Hikmah Tawarkan Kursus Pemantapan Bahasa Inggeris & Arab Khas Untuk Lepasan SPM, STPM & STAM
kerakyatan
Kredit foto : Shafwan Zaidon, The Malay Mail Online

Buat masa kini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan akan berbincang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai situasi dan tawaran kepada Roisah.

Semoga pihak yang berkenaan dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada Rosiah supaya pelajar cemerlang itu dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan sekali gus mampu mengubah nasib diri dan keluarganya di masa akan datang.

Sumber : Malaysian Digest, The Malay Mail Online

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here