Kemajuan teknologi berkembang pesat di seluruh dunia, tidak ketinggalan juga arus kemajuan teknologi itu turut berkembang di negara kita, Malaysia. Kadar penggunaan internet pada kali ini menembusi paras 80.1 peratus, yang mana penggunaan itu adalah daripada golongan individu berusia 15 tahun ke atas pada tahun 2017.
Generasi muda zaman sekarang nampaknya semakin gemar menggunakan kemudahan internet sebagai platform pencarian maklumat serta melihat perubahan dunia pada hari ini. Siapa sangka, mungkin suatu hari nanti anak-anak muda ini akan merealisasikan impian negara dan terus bersaing untuk menjadi sebuah negara membangun dari semua aspek termasuklah penguasaan dalam bidang internet.
Jika melihat kepada statistik tersebut, sebanyak sembilan peratus berlaku peningkatan yang mana peratusan tahun sebelumnya iaitu 71.1 peratus. Peningkatan ini menunjukkan perubahan yang sangat jelas, dan segalanya pada hari ini sudahpun berada di hujung jari manusia. Hanya dengan sekali tekan maklumat akan diperolehi dengan cepat mudah dan pantas.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peratusan individu yang menggunakan komputer juga meningkat 1.1 peratus kepada 69.8 peratus berbanding 68.7 peratus pada 2015.
Manakala, penggunaan telefon pintar juga turut meningkat berserta penggunaannya yang tertumpu kepada internet iaitu peningkatan sebanyak 97.7 peratus berbanding 97.5 peratus pada tahun 2015.
Berkenaan aktiviti yang dilakukan oleh pengguna internet, antara aktiviti yang sangat popular dilakukan adalah melayari laman sosial sebanyak 86.3 peratus dan muat turun gambar, filem, video atau muzik serta bermain atau memuat turun permainan video iaitu sebanyak 81.2 peratus.
Selain daripada itu, bagi penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan barangan dan perkhidmatan dicatat sebanyak 80.4 peratus. Bagi aktiviti memuat turun perisian atau aplikasi maklumat sebanyak 74.5 peratus serta meghantar atau menerima emel sebanyak 70.4 peratus.
Aktiviti lain yang dilakukan oleh pengguna internet ialah perbankan internet (37.6 peratus), dan pembelian atau pesanan barangan atau perkhidmatan e-dagang 23.2 peratus.
Menurut Uzir, berkata, peratusan akses isi rumah kepada internet pula meningkat 15.6 peratus kepada 85.7 peratus berbanding 70.1 peratus pada tahun 2015.
Beliau berkata, akses isi rumah ke komputer juga meningkat 6.5 peratus daripada 67.6 peratus pada 2015 kepada 74.1 peratus pada 2017. Manakala peratusan akses isi rumah menerusi telefon bimbit juga dilihat terus menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus kepada 98.1 peratus pada 2017 berbanding 97.9 peratus pada 2015.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.comsumber : BH