Kembara Jogjakarta

Saban tahun, memang ramai rakyat Malaysia yang suka travel dan bercuti di Indonesia. Antara destinasi yang sering menjadi tumpuan adalah Bali dan Sumatera. Tetapi ramai yang tak tahu dekat Jogjakarta pun sebenarnya banyak tempat-tempat best. Oleh sebab itu, kali ini kami nak kongsikan destinasi-destinasi yang korang wajib pergi bila bercuti dekat Jogja ni.

Sedikit pengenalan, Jogjakarta adalah sebuah bandar yang terletak di Kepulauan Jawa di Indonesia. Memang tersangatlah banyak tarikan-tarikan dekat sini. Tanpa celoteh panjang, jom kita tengok tempat-tempat menarik tersebut :

Jalan Malioboro 

jogjakarta jalan malioboro

Jalan Malioboro merupakan lokasi membeli-belah terbesar di Jogjakarta. Dengan keluasannya meliputi 1 kilometer, Jalan Malioboro menawarkan pelbagai pilihan kedai, hotel dan restoran kepada para pengunjung di sini.

Kedai-kedainya juga bervariasi daripada kedai tempatan tradisional hinggalah ke pusat membeli-belah yang besar. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai cenderamata daripada peniaga tempatan seperti kain batik, wayang kulit dan banyak lagi.

Keraton Yogyakarta

keraton jogjakarta

Keraton Jogjakarta ataupun Istana Jogjakarta merupakan nadi utama di wilayah ini. Di sini menempatkan kompleks istana yang menjadi tempat bersemayam Sultan Jogjakarta dan juga kaum kerabatnya.

Dekat sini anda boleh hayati keindahan senibina era penjajahan Belanda yang menghiasi dekorasi istana serta atap dan lantai yang dihias indah. Keraton Jogjakarta juga mempunyai beberapa muzium kecil yang mempamerkan artifak-artifak daripada pelbagai sultan termasuklah artifak Jawa dari zaman yang berbeza. Anda juga boleh melihat foto-foto Sultan Jogjakarta yang terdahulu di sini.

Istana Air Taman Sari

taman air jogjakarta

Istana Air Taman Sari terletak tidak jauh dari Keraton Jogjakarta, jaraknya kira-kira 2 kilometer sahaja. Kalau ikut sejarah, istana air ini dahulunya adalah Taman Diraja yang dibina pada abad ke-18. Nama je Istana Air, tapi dekat sini terdapat tempat beristirehat, tempat berehat, tempat menyorok dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Universiti Hasanuddin

Taman Sari ni boleh dibahagikan kepada 4 zon yang berbeza. Di sini ada Tasik Segaran dan kompleks mandi-manda Umbul Binangun. Lepastu ada Paarean Ledok Sari dan Kolam Garjitawati. Pendek kata, semuanya tentang air dan kolam best-best ada kat sini.

Candi Prambanan

candi prambanan jogjakarta

Salah satu daripada candi hindu terbesar di Asia Tenggara, Candi Prambanan ini dipercayai dibina sebagai tanda cinta pemuda yang berkuasa bernama Bandung Bondowoso kepada Puteri Roro Jonggrang suatu ketika dahulu. Ni boleh kira macam ala-ala Taj Mahal daripada Shah Jahan kepada Mumtaz lah ni.

Candi ini dibina pada abad ke-10 juga sebagai penghargaan kepada Dewa Shiva. Biasalah, kerajaan dekat Indonesia dulu kan banyak unsur-unsur Hindu-Buddha. Yang menarik dekat sini adalah struktur dan keaslian seni binanya yang begitu mengagumkan. Candi ini dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang. Tiket berbeza-beza taww untuk rakyat tempatan dan pelancong asing.

Candi Borobudur

candi borobudur jogjakarta

Candi Borobudur seperti yang anda pernah lihat di dalam buku teks sejarah, adalah destinasi yang wajib anda lawati di Jogjakarta. Merupakan candi Buddha terbesar di dunia, para pengunjung akan terpesona dengan pemandangan di atas candi yang dibina sejak tahun 800-AD ini. Bila dah sampai, pastikan anda naik ke atas untuk tengok sendiri betapa cantiknya senibina di sini.

Kalau nak lagi best, datanglah ke sini pada pukul 4.30 pagi. Selepas pusing-pusing, lepastu boleh lah naik ke atas untuk tengok matahati terbit.

Muzium Ullen Sentalu

ullen sentalu jogjakarta

Uniknya, Muzium Ullen Sentalu adalah sebuah muzium persendirian yang menyimpan hasil seni dan budaya Jawa. Lokasi muzium ini terletak di Kaliurang, Jogjakarta. Sejak dibina pada tahun 1994, muzium ini dimiliki oleh 4 kerajaan Jawa : 2 di Jogjakarta dan 2 lagi di Surakarta.

BACA JUGA :   Kelebihan Menuntut Ilmu dalam Bidang Perubatan

Di sini, anda boleh melihat berbagai-bagai jenis hasil lukisan, artifak dan barang berharga daripada rumah-rumah diraja dan Istana Jogjakarta, Surakarta, Pakualam dan Mangkunegaran.

Gunung Merapi

gunugn merapi jogjakarta

Gunung yang indah namun berbahaya ini adalah tarikan sempurna buat pengunjung-pengunjung yang gemarkan aksi ‘adventure’. Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi yang aktif di Indonesia dan sudah meletus sebanyak 68 kali sejak 1548.

Jika berani, dakilah gunung ini untuk melihat pemandangan indah yang memukau mata. Selalunya, para pengunjung mula mendaki pada pukul 1 pagi supaya ngam-ngam sampai di puncak pukul 5.30 pagi untuk melihat matahari terbit.

Oh ya, kaunter tiket untuk mendaki boleh didapati di Kampung Selo, dan di situ jugalah satu-satunya jalan untuk naik ke Gunung Merapi.

Pasar Beringharjo

beringharjo jogjakarta

Merupakan pasar tertua di Jogjakarta, Beringharjo sememangnya kaya dengan nilai-nilai sejarah dan falsafah. Pasar ini berkonsepkan banyak tingkat dengan ramai peniaga yang menawarkan aneka barang termasuklah kain, pakaian, rempah herba, alatan perkahwinan dan juga cenderamata.

Di sini juga merupakan syurga yang wajib dikunjungi sekiranya anda ingin mendapatkan kain batik di Jogjakarta kerana harganya tersangatlah murah lebih-lebih lagi kain batik cap. Satu lagi, dekat sini anda kena pandai tawar-menawar jikalau nak dapat harga yang murah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik tentang tips-tips travel dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here