Usaha giat dilakukan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., untuk membuka taman tema Upin Ipin di beberapa wilayah di China selepas menerima permintaan untuk buka taman berkenaan di Xian.

 

Menurut pengarah urusan, Burhanuddin Md Radzi, terdapat banyak pihak yang menunjukkan minat untuk membawa konsep Upin Ipin di beberapa wilayah di negara tembok besar (China) itu, walaupun taman tema pertama di Xian yang masih belum siap dihasilkan.

Oleh itu, untuk menyamai budaya masyarakat China, taman tema Upin Ipin di Xian bukan sahaja akan membawakan karakter dalam siri Upin & Ipin, akan tetapi mereka juga mengetengahkan watak daripada siri animasi lain di bawah penerbitan Les’ Copaque.

BACA JUGA :   3 Filem Animasi Ni Paling Ditunggu-tunggu Oleh Semua Warga Malaysia Tahun 2019

Justeru itu, mereka juga akan memasukkan unsur-unsur budaya China bagi menyuntik ciri tempatan di bawah taman tema berkenaan.

gambar hiasan

Projek pembangunan kasar dianggarkan bernilai AS$4 bilion(RM15.7 bilion), dengan keluasan 5.7 kilometer persegi atau keluasan itu bersamaan separuh daripada keluasan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpu (KLIA).

Untuk memastikan projek tersebut berjaya dan mampu menarik lebih ramai masyarakat, pihak mereka berkerjasama dengan beberapa pasukan yang dilihat berpengalaman dalam pembinaan Disneyland. Pastinya projek kali ini menjadi satu penantian oleh masyarakat di Xian, tunggu dan lihat hasilnya nanti.

Untuk memastikan projek taman tema tersebut mempunyai tarikan bertaraf antarabangsa, mereka akan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat umum. Malah, dijangkakan pembinaan taman tema itu akan siap dalam tempoh tiga tahun dan akan bermula pada pertengahan tahun ini.

BACA JUGA :   Animasi Upin Ipin Diplagiat Penerbitan Negara Seberang?

Berita baik juga buat rakyat di Malaysia, selain di Xian, les’ Copaque juga akan melakukan projek pembinaan taman tema di Malaysia. Lokasi belum ditetapkan dan sedang dalam penilaian. Dijangkakan juga keluasan kawasan sekitar 81 hekter.

sumber : mynewshub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here