Satu dalam lima ribu bayi dilahirkan dalam kondisi seperti ini, seorang bayi berusia dua bulan hanya mempunyai sebahagian otak dan tempurung kepala. Bayi itu diberi nama sebagai Ah Neath, dilahirkan pada bulan Februari lepas.

 

Kelahiran itu amat mengejutkan sejurus mendapati bayi tersebut lahir dalam keadaan separuh otak dan tempurung kepala.

Bayi yang dilahirkan di sebuah kawasan pedalaman Tbong Khmum, Kemboja. Keadaan seperti itu amat jarang berlaku kepada bayi lain. Hal ini berpunca daripada janin tidak membesar dengan sempurna ketika dalam kandungan.

bayi
sumber foto : youtube

Srey dan Heang, merupakan ibu bapa kepada Ah Neath bukanlah berasal daripada keluarga kaya, tetapi sebaliknya dan tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung kos rawatan anak kecil itu.

Bagaimanapun, doktor di Kemboja juga tidak mampu untuk merawat keadaan yang dialami oleh Ah Neath. Tetapi kedua ibu bapa Ah Neath tidak berputus asa, mereka tetap berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai.

Mereka sudah kesuntukan masa dan terpaksa mengumpul dana secepat mungkin untuk menyelamatkan Ah Neath yang dilahirkan tanpa otak dan tempurung kepala.

Disebabkan keadaan terdesak, mereka terpaksa menggadaikan segala aset yang dimiliki di mana mereka menjual tanah dan rumah sebagai inisiatif pengumpulan dana bagi tujuan rawatan bayi itu.

“Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan anak saya ketika dia dilahirkan. Kejadian itu menyebabkan saya menangis beberapa hari disamping meminta sumbangan daripada orang ramai.

“Kami bukan orang kaya, dan segala aset yang kami ada seperti rumah dan tanah miliki sudahpun dijual agar kami dapat menyelamatkan Ah Neath. Walaupun di sihat tetapi tidak seperti anak kecil lain, dia tidak mempunyai tempurung kepala.

gambar hiasan

Keluarga itu sedang berdepan dengan kesukaran dan bergelut untuk menyelamatkan bayi mereka, apa yang diharapkan hanya bantuan daripada para doktor untuk merawat keadaan seperti itu.

Sumber : MyNewsHub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here