Pemergian seorang pensyarah Universiti Kuala lumpur (UniKL), Allahyarham Dr. Fadi atau Dr. Mohammed Fadi al-Batsh, menjadikan suasana pilu menyelubungi keluarganya di Palestin. Allahyarham sudah lama menetap di Semenanjung  Malaysia sejak menjadi pensyarah di negara ini.

 

Loading...

Allahyarham sudah tujuh tahun berada di sini dan dalam tempoh tersebut beliau tidak pernah pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tersayang.

Sekian lama tidak bertemu, namun apabila mendapat khabar berita adalah tentang kematian penysarah terbabit.

Persoalannya, adakah beliau seorang pejuang? Pembunuhannya sangat terancang dan apakah motif pembunuhan itu dilakukan? Kenali serba sedikit tentang beliau.

#1. Keluarga Pejuang
sumber foto : shehab.ps

Walaupun Dr. Fadi al-Batsh sudah lama menetap di Malaysia hampir selama tujuh tahun, tetapi beliau masih melaksanakan pernanan sebagai pejuang menentang Zionis di Gaza, Palestin. Jarak bukan penghalang kepada beliau untuk turut sama berjuang, malah beliau terus memberi sumbangan dari segi kepakaran yang dimilikinya.

Di Palestin juga, sepupu kepada beliau iaitu Khaled al-Batsh merupakan seorang pemimpin pertubuhan Jihad Islami. Pertubuhan itu adalah bertujuan untuk menentang tindakan Israel  yang sering membuat kekacauan di Gaza.

Pertubuhan itu juga dilihat menempatkan Dr. Fadi pada kedudukan tinggi dalam memperjuangkan hak rakyat mereka di sana walaupun seringkali diceroboh oleh Zionis.

#2. Sumber Maklumat Penting
sumber foto : www.middleeastmonitor.com

Dr. Fadi merupakan individu yang berperanan di balik tabir tetapi sangat dikhuatiri oleh pihak musuh. Beliau sememangnya seorang yang berprofil ti tinggi dan bergiat mengancam kedudukan strategik rejim Zionis.

Menurut Khaled al-Batsh, Mossad yang berperanan merancang pembunuhan ilmuan dan intelektual ini, kerana beliau begitu giat dan mempunyai peranan sangat pentin dalam usaha memerangi Israel.

Bukan itu sahaja, beliau juga sangat menonjol dalam menunjukkan kualiti dirinya sebaagi seorang insan ilmuan dan bergelar imam di kawasan kdiamannya di Malaysia.

#3. Mempunyai Kepakaran Teknologi Hebat
sumber foto : mynewshub

Teknologi yang dimiliki oleh Palestin sebenarnya amat ditakuti poleh tentera Zionis. Menurut sebuah laporan media Israel yang dipetik, Dr. Fadi mempunyai kepakaran dalam mencipta dan mengendalikan teknologi roket da juga dron.

Jika melihat kepada dua teknologi ini, ia sudah pun dikuasai oleh banyak negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Israel, Turki, China dan banyak lagi. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan sesebuah negara sekiranya terdapat unsu-unsur ancaman pihak luar.

Oleh itu, Israel sangat bimbang dengan kepakaran yang dimiliki oleh Dr. Fadli dan dilihat teknologi ini menggugat keselamatan Israel. Dron milik Hizbullah dibekalkan oleh Iran sudahpun beroperasi, dan penggunaan dan kepakaran dua teknologi tersebut semakin bertambah maju.

#4. Pensyarah Swasta di Malaysia
sumber foto : says.com

Beliau merupakan seorang pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universiti swasta di dalam Malaysia, iaitu di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Sebenarnya pensyarah yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam sesuatu bidang maka secara langsung akan memberi impak positif kepada pendidikan pelajar-pelajar dalam negara kita.

Adakah Israel bimbang dengan pemindahan ilmu dan kepakaran itu berlaku di Malaysia? Mungkin ada logiknya kerana Malaysia adalah negara yang aktif memperjuangkan hak rakyat Palestin sehingga kini. Dr. Fadi juga sudah lama berada di Malaysia dan merupakan pensyarah berpengalaman.

Masih ramai rakyat datang negara seperti beliau, tetapi kenapa Dr. Fadi ini yang dijadikan sasaran? Sungguh membangkitkan persoalan, bagaimana tercetusnya pembunuhan itu.

Sumber : MyNewsHub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here