Dahulu landskap padang pasir tapi hari ini bertukar kepada sebuah ‘syurga taman bunga’. Indah kelihatan apatah lagi bila berada di dalamnya. Emeriah Arab Bersatu (UAE) berjaya mengubah Al Barsha South menjadi sebuah taman dikenali sebagai Dubai Miracle Garden.

 

Jika anda merupakan penggemar taman-taman bunga, maka destinasi ini memang sesuai dijadikan pilihan anda. UAE dikategorikan antara 10 buah negara terkaya di seluruh dunia, berjaya menempatkan kawasan taman bunga tersebut dengan keluasan 72,000 kaki persegi serta mengandungi 109 juta bunga dari pelbagai jenis dan warna.

Miracle Garden

Berada di sebuah taman bunga yang cantik tentunya  memberi ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, hanya mampu tersenyum lebar sambil menikmati keindahan itu.

Dubai Miracle Garden, adalah salah satu taman yang mempunyai ciri keindahan dan patut anda kunjungi. Mengikut purata tahunan, direkodkan hampir 1.5 juta orang pengunjung yang hadir ke taman gergasi tersebut.

Miracle Garden

Selain itu, kawasan berkenaan juga sangat menarik kerana Dubai Butterfly Garden turut dibina sebagai taman rama-rama dengan mempamerkan sebanyak 15,000 ekor rama-rama yang terdiri daripada 26 spesis.

Miracle Garden

Cara dan gaya penanaman bunga di Dubai Miracle Garden bukan sahaja tertumpu pada kepelbagaian warnanya, tetapi dihiasi dengan pelbagai bentuk unik yang menjadi tarikan  utama buat para pengunjung yang datang datang ke kawasan berkenaan.

Miracle Garden

Para pengunjung yang datang bakal menemui pelbagai bentuk antaranya adalah bunga berbentuk manusia, haiwan, kapal terbang dan pyramid.

Miracle Garden

Untuk mengekalkan keindahan suasana ceria dan kepelbagaian bentuk yang menghiasi Dubai Miracle Garden, pasukan rapi khas yang terdiri daripada pakar hortikultur dan tukang kebun berpengalaman telah ditugaskan untuk memelihara kawasan tersebut.

Miracle Garden

Setiap arca juga akan ditukar mengikut tema dalam pelbagai pameran sebagai satu usaha untuk menggalakkan para pengunjung datang secara berulang-kali tanpa berasa bosan dengan hiasan sedia ada. Klik sini untuk lihat video Dubai Miracle Garden.

Sumber : MyNewsHub

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here