Seperti yang kita tahu Jepun merupakan salah sebuah negara bersih, tetapi jangan bimbang selepas ini negara kita pula akan menyusul, kerana projek DNA perlu digunakan untuk menangkap dan memalukan si pembuang sampah yang tidak bertanggungjawab.
Sekarang ini kempen iklan membuang sampah merata-rata tempat sedang dijalnkan oleh negara Hong Kong yang mana identiti si pembuang sampah akan didedahkan atau dipaparkan pada digital screen di seluruh negara untuk memalukan pesalah terbabit.
Sekiranya negara kita melaksanakannya, ada sesiapa yang berani buat selepas ini? Mesti takut malu kan?
Tujuan kempen ini dilaksanakan adalah untuk menangani sikap suka membuang sampah di merata-rata tempat sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Malah, mengundang pelbagai makhluk pembawa penyakit berjangkit yang amat membimbangkan.
Oleh itu, kempen tersebut akan melaksanakan setiap proses yang laksanakan bermula daripada mengesan DNA si pembuang sampah di kawasan awam. Masalah ini sangat jelas dilihat di tempat-tempat menunggu seperti bus stop, sementara menunggu masyarakat gemar membuang sampah tanpa rasa bersalah dan malas bergerak walaupun hanya selangkah untuk capai tong sampah tersedia.
Proses itu dijalankan sampailah menemui identiti si pesalah melalui penggunaan sistem ‘DNA tracker’.
Penggunaan teknologi terkini di papan tanda digital dengan meletakkan ayat “individu yang dikehendaki.” Hasil tersebut dijalankan oleh sebuah agensi iklan di Hong Kong yang menetapkan tujuan adalah untuk menangani masalah lambakan sampah sarap di kawasan bandar yang menjadi tumpuan umum.
Kempen ‘Face of Litter’ ini dicipta dengan manggunakan kaedah potret digital yang diperolehi hasil daripada keputusan DNA yang diambil melalui sampah sarap tersebut. Setiap individu yang membuang sampah kali ini tidak akan terlepas begitu sahaja tanpa mendapat habuan pembalasan sikap tidak bertanggungjawab itu.
Parabon Nanolabs yang merupakan sebuah syarikat dari Virginia mula membangunkan teknologi tersebut sekitar lima tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Pertahanan. Pada ketika itu, tujuan asalnya adalah untuk digunakan sebagai alat penyiasatan kes jenayah.
Melalui kaedah pengecaman DNA ini, ia boleh dikesan melalui air liur atau darah, apabila diperolehi syarikat tersebut berupaya mendapatkan identiti sebenar seseorang atau sesiapa yang dikehendaki.
Jika kerja forensic menggunakan pengecaman cap jari datau siri data untuk mengenalpasti suspek tetapi syarikat Parabon tidak, mereka lebih menggunakan kaedah pengecaman DNA sebagai ‘blueprint.’ Lihat video ini.
DNA yang diperolehi akan dibawa ke makmal untuk proses selanjutnya sehingga mesin yang digunakan berhasil membentuk lakaran kasar rupa pesalah yang mana akan menunjukkan ciri-ciri jelas sekali seperti warna mata, warna rambut, warna kulit, bentuk wajah dan bintik-bintik jeragat pada kulit.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com