Salah satu model iPhone yang lama, iPhone 6 kini sudahpun diturunkan harganya. Model tersebut dengan kapasiti storan 32GB mula dijual RM700 lebih rendah berbanding harga asal ketika ianya mula-mula dilancarkan dahulu.

iPhone 6

iPhone 6 dikeluarkan pada tahun 2014 dan hadir dalam 3 versi storan iaitu 16GB, 64GB dan 128GB. Walaubagaimanapun, pengeluaran model tersebut sudah dihentikan sejak 2016. Tidak lama selepas itu, Apple kembali menghasilkan iPhone 6 untuk pasaran terpilih tetapi dengan storan 32GB.

iPhone 6
Sumber foto : SoyaCincau

Dari segi spesifikasi, iPhone 6 menampilkan paparan 4.7 Retina HD menggunakan cip Apple A8 dengan 1GB RAM. Kameranya pula 8 MP yang boleh mengambil video Full HD. Untuk pengetahuan anda, model ini menyokong perisian iOS terbaru, iOS 11.

Sekiranya anda berminat, anda boleh mendapatkan iPhone 6 ini di outlet Switch ataupun Machines yang berdekatan.

iPhone 6

Bagi anda yang ada bajet lebih, anda mungkin berminat untuk mendapatkan iPhone 6s Plus 32GB yang kini berharga RM2,099 dilengkapi spesifikasi yang lebih mantap dengan paparan 5.5 Full HD, menggunakan cip Apple A9 yang lebih berkuasa dan kamera 12 MP yang menyokong video resolusi 4K.

Sumber : SoyaCincau

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here