Tempoh lalu, kami telah kongsikan kepada anda tempat makan yang best kat Pulau Pinang. Kali ini kami kongsikan tempat-tempat yang menarik yang terdapat di Pulau Mutiara ini yang sesuai untuk anda lawati. Secara umumnya, Penang terkenal dengan tempat bersejarah dan makanan-makanan yang lazat. Ditambah lagi dengan keunikan budaya yang terdapat di negeri tersebut, iaitu budaya Peranakan sama seperti di Negeri Melaka.

Pulau

Pulau Pinang juga menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong dalam mahupun luar negara. Kalau anda pergi ke sana, jangan terkejut tau! Macam-macam jenis orang anda akan jumpa.

Di Pulau Pinang, anda boleh pergi ke tempat-tempat menarik dan bersejarah. Selain itu, tarikan zoo dan taman haiwan juga sesuai untuk anda lawati. Anda boleh menikmati pemandangan pantai yang menarik dan alam semulajadi di Pulau Pinang. Terdapat juga taman tema dan galeri, tempat khas untuk membeli belah, tempat makan dan tempat mercu tanda, sesuai untuk anda kunjungi bersama ahli keluarga.

Di sini kami senaraikan 6 lokasi tempat-tempat bersejarah atau Muzium yang terdapat di Pulau Pinang.

#1. Fort Cornwallis

Pulau

Kubu pertahanan lama ini terletak bersebelahan dengan Padang Kota lama. Ia merupakan satu destinasi yang cukup bersejarah di sini. Lokasi inilah menjadi tempat pendaratan Sir Francis Light pada tahun 1876. Sehingga sekarang, kubu ini masih dalam keadaan yang baik dan tembok batu bata yang mengelilingi kawasan masih utuh berdiri.  Di dalam kubu ini terdapat beberapa bangunan yang merupakan sebahagian daripada fungsi kubu ini. Antaranya ialah, bilik simpanan serbuk senjata api, van tentera, Meriam, gereja lama dan rumah api.

Pulau

#2. Muzium Perang

Pulau

Muzium ini masih lagi mengekalkan sentuhan binaan bangunan yang lama dan terjaga sehingga ke hari ini. Tempat ini merupakan tempat bersejarah yang popular di Pulau Pinang. Dahulu, asalnya tempat ini merupakan kubu pertahanan dan kem tentera British ketika era Perang Dunia Kedua yang berfungsi untuk menempatkan tentera dan senjata api. Kalau anda masuk ke dalam muzium ini, anda akan lihat bangunan-bangunan lama seperti bilik penyeksaan musuh, stor simpanan senjata api, kem tentera dan sebagainya. Anda akan merasai pengalaman yang lain daripada lain ketika memasuki muzium ini. Menyusuri laluan gelap, bilik yang sempit dan sebagainya.

BACA JUGA :   Kisah Travelog 2 Hari 1 Malam Di Pulau Langkawi

Pulau

#3. Rumah P. Ramlee

Pulau

Allahyarham P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929. Seniman agung tanah air ini  telah banyak menabur budi dan berbakti di dalam industri seni sekitar tahun 50-70 tahun lalu. Rumah lama ini, beratapkan nipah dan berdinding kayu masih mengekalkan senibina dan hiasan seperti rumah asalnya. Anda akan merasai pengalaman suasana zaman P. Ramlee bila anda mula melangkah masuk ke dalam rumah ini sambil diiringi dengan lagu-lagu dendangan P.Ramlee. Anda akan melihat banyak informasi tentang kehidupan peribadi dan perjalanan karier beliau. Terdapat juga satu galeri di kawasan rumah P.Ramlee yang menjual barangan beliau. Selain, basikal yang selalu beliau gunakan ketika hayatnya terletak di bawah rumah tersebut.

Pulau

#4. Muzium Kamera

Pulau

Tempat ini mesti anda lawati. Mana tidaknya, ini merupakan satu-satunya muzium kamera yang ada di Asia Tenggara. Mula dibuka pada orang ramai pada tahun 2013, kini menjadi salah satu tarikan pelancong yang ingin mengetahui sejarah tentang kamera dan aksesori dari dahulu sampai sekarang. Banyak ilmu yang boleh anda perolehi jika ke sini, anda juga boleh melihat pelbagai koleksi kamera lama dan lain-lain lagi. Kalau anda jenis kaki photografi, memang wajiblah anda datang ke sini ketika bercuti ke Pulau Pinang. Muzium ini hanya terdapat di Pulau Pinang sahaja.

BACA JUGA :   Tempat Bersejarah di Bandar Nizhny Novgorod, Rusia

Pulau

#5. Penang Time Tunnel

Pulau

Satu lokasi menarik untuk anda kunjungi dengan keluarga ialah di Penang Time Tunnel. Di sini anda akan mengenali sejarah Pulau Pinang dengan lebih mendalam lagi. Destinasi ini boleh dibahagikan kepada dua zon lawatan utama, di mana zon pertama merupakan kawasan yang menceritakan perjalanan kemajuan Penang dari era penjajahan sehinggalah ke sekarang. Manakala di zon kedua pula, merupakan kawasan yang lebih kepada tarikan santai untuk bergambar di mana terdapat beberapa lukisan mural 3D yang tidak kurang menariknya.

Pulau Pinang

#6. Muzium Penang Peranakan

Pulau Pinang

Tidak hanya di Negeri Melaka sahaja, di Pulau Pinang juga merupakan tempat yang popular dengan budaya peranakan. Bagi anda yang ingin mengenali sejarah, budaya dan adat resam masyarakat Peranakan Penang, apa kata anda ke rumah agam ini. Terdapat banyak koleksi dan perkakasan bersejarah seperti perabut lama, barang kemas, hiasan dalaman dan sebagainya. Senibina dekorasi di dalam bangunan ini juga sangat menarik. Jika anda ke sini, anda akan merasai seolah-olah berada di zaman lampau.

Pulau Pinang

Kalau bercakap mengenai tempat-tempat bersejarah di Penang, memang banyak. Tempat-tempat ini boleh dilawati secara berkumpulan atau lawatan sambil belajar. Tempat-tempat ini menjadi daya tarikan pelancong ke Pulau Pinang dan amat sesuai untuk anda lawati.

Sumber:Jom Jalan-Jalan

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here