Salah satu kapal angkasa NASA bernama Juno yang kini sedang berlegar-legar di sistem suria, telah berjaya merakamkan visual menarik ketika mengelilingi planet Jupiter. Planet Jupiter atau lebih dikenali sebagai planet Musytari, merupakan planet terbesar di kalangan 9 planet dalam sistem suria.

Jupiter
Kapal angkasa Juno di planet Jupiter.

Juno berjaya merakam visual tersebut pada awal bulan April 2018 yang lalu. Bentuk-bentuk yang kelihatan seperti lukisan air itu sebenarnya adalah bentuk-bentuk formasi awan di  hemisfera utara planet Jupiter. Jika sekali pandang, pasti ramai yang sukar untuk percaya kerana gambar itu kelihatan begitu cantik dan unik.

Jupiter
Visual yang kelihatan seperti lukisan air antik.

Pada waktu gambar itu dirakam, Juno berada  kira-kira 7,659 batu (12,326 kilometer) di atas awan-awan tersebut di kedudukan 50.2 darjah latitud utara.

BACA JUGA :   Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai

Tempoh pengembaraan kapal angkasa Juno di angkasa lepas sudah hampir tamat. Juno dijadualkan menjalankan misi di planet Jupiter selama 7 tahun, dan kini sudahpun berada di sana selama 6 tahun 8 bulan.

Seperti kebanyakan kapal angkasa NASA yang lain, Juno dijangka akan diberikan tempoh tambahan untuk tujuan-tujuan tertentu, dan salah satunya untuk merakam visual-visual menarik seperti ini.

Jupiter

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here