Setiap individu mempunyai cita-cita untuk berjaya di dunia nyata ini, sekali pun terpaksa berkerja keras daripada terbit matahari sehinggalah terbenamnya matahari. Menyebut tentang matahari, Jepun adalah negara dikenali sebagai negara matahari terbit (the land of the rising sun).

 

Penduduk di negara Jepun dikatakan celik pandai dan mempunyai mentaliti tinggi, rakyatnya sangat peka dengan keadaan sekeliling sehinggakan viral ikan hidup dalam longkang di Jepun, kerana air longkang di sana sungguh bersih.

Lihat bagaimana mereka berfikir sehingga ke tahap high class dan seolah-olah persekitaran itu dilakukan seperti sedang menjaga kebersihan di dalam rumah.

Bukan itu sahaja, Jepun juga pada hari ini berada di kedudukan nombor satu di Asia, dan keempat di selurugh dunia dunia. Apakah rahsia kejayaan yang mereka amalkan sehingga membolehkan mereka sampai ke tahap yang tidak disangka-sangka oleh fikiran kita, bukan seorang tetapi seluruh masyarakatnya berjaya.

Inilah antara rahsia kejayaan orang Jepun yang perlu dicontohi :

#1. Berkerja Keras
jepun

Umumnya masyarakat Jepun sangat dikenali dengan sikap kerajinan berada pada tahap tertinggi dan secara purata waktu pekerjaan mereka juga adalah sangat tinggi berbanding negara-negara lain. Lihat purata waktu mereka berkerja dalam setahun iaitu 2350 jam, manakala AS (1957 jam/tahun), UK (1911 jam/tahun) dan Jerman (1870 jam/tahun).

Seorang pekerja Jepun juga berupaya menyiapkan sebuah jentera pacuan empat roda dalam tempoh 9 hari iaitu satu mingg dua hari. Sebaliknya, negara lain memerlukan masa 47 hari untuk menyiapkan projek pembuatan pada nilai yang sama. Boleh dikatakan seorang pekerja Jepun bersamaan dengan 5-6 orang pekerja yang melaksanakan tugas.

Budaya mereka sangat menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia dan sungguh berbeza jika dibandingkan dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat kita di Malaysia. Jika di Malaysia, waktu tamat bekerja adalah pada pukul 5.30 petang, tetapi kadang-kadang pada pukul 4.30 petang kita sudah pulang dengan memberikan pelbagai alasan, lebih-lebih lagi ketika bos tidak datang pejabat seharian disebabkan mempunyai mesyuarat di luar.

#2. Perasaan Malu Pada Diri

jepun

Perasaan malu ini bukan sahaja setelah seseorang itu melakukan kesilapan yang membuatkan orang lain memandang remeh terhadap kesilapan itu, tetapi ia juga perlu dihadirkan dalam diri sebelum melakukan sesuatu tindakan.

BACA JUGA :   TINGGALKAN GELARAN KERABAT DIRAJA DEMI CINTA

Budaya ‘malu’ adalah warisan turun-temurun nenek moyang masyarakat Jepun. Pasti ramai yang pernah mendengar kisah Samurai yang membunuh diri kerana gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Budaya tersebut dikenali sebagai ‘Harakiri’ yang bermaksud budaya membunuh diri dengan menikam diri sendiri menggunakan pedang, ia akan dilakukan apabila kalah dalam pertempuran pada zaman dahulu. Tapi hari ini ia dilaksanakan secara berbeza mengikut era zaman moden dalam pelbagai cara dan bentuk.

Seperti tidak memotong sesuka hati ketika di jalan raya dan sanggup memilih jalan yang panjang semata-mata tidak mahu melanggar peraturan negara mereka sendiri. Jika mereka melanggar peraturan atau melakukan kesilapan ia dianggap sebagai satu tindakan mencemarkan persekitaran tidak wajar dilakukan.

#3. Hidup Sederhana
jepun

Hidup secara sedehana sangat dituntut kerana ia membantu mengelakkan seseorang itu daripada melakukan pembaziran. Mereka juga sangat digalakkan untuk berbelanja secara sederhana dan tidak terlalu mewah seperti membeli-belah dan sebagainya. Masyarakat Jepun mempunyai kesedaran pantas yang mana jika perbelanjaan itu berlebihan maka itu adalah suatu pembaziran melampau.

Waktu-waktu berbelanja mereka lebih tertumpu pada pukul 7.30 malam sebelum pusat pembelian ditutup, kerana 30 minit terakhir kebanyakan kedai-kedai akan membuat potongan harga dan secara tidak langsung menjimatkan kos perbelanjaan serta masa mereka membeli barang.

#4. Kesetiaan Berkerja

jepun

Dalam rukun negara Malaysia, cuba baca semula ayat tersebut iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”. Jika di Jepun kesetiaan mereka tidak dapat dibandingkan dengan negara lain kerana kesetiaan itu bukan sahaja kepada negara, akan tetapi kesetiaan kepada syarikat tempat mereka berkerja  turut diamalkan.

Disebabkan oleh kesetiaan itu, mereka lebih sanggup mengorbankan banyak perkara termasuklah masa dan wang semata-mata mahu melihat syarikat dan negara mereka terus maju. Setiap pekerjaan yang dilakukan akan mereka ingat bahawa apa yang dilakukan itu adalah untuk manfaat kepada syarikat.

#5. Menepati Masa dan Bertimbang Rasa

jepun

Masa sangat dititikberatkan oleh masyarakat di Jepun, walaupun sesaat dan ini adalah salah satu kenapa mereka sangat produktif. Jika seseorang yang menyebabkan tren bergerak lambat maka pesalah itu akan pergi ke setiap penumpang untuk meminta maaf kerana telah merosakkkan hari penumpang lain.

BACA JUGA :   TINGGALKAN GELARAN KERABAT DIRAJA DEMI CINTA

Mereka menerapkan sikap bertimbang rasa, seperti  berdiri di laluan sebelah kiri escalator bagi memudahkan pengguna lain yang sedang tergesa-gesa untuk menggunakan escalator di sebelah kanan.

#6. Berkerjasama dan Tidak bersikap Individualistik

jepun

Kehebatan seseorang individu di Jepun, mereka tidak mengamalkan sikap individualistic tetapi bersikap kerjasama untuk mencapai matlamat kerja. Walaupun melibatkan ramai individu dalam satu kumpulan tetapi tiada seorang pun yang mencuri tulang atau free rider kerana sikap bertanggugjawab ada pada diri mereka.

Mereka juga akan memulaukan sesiapa sahaja yang cuba menunjukkan sifat pentingkan diri sendiri untuk memberi kesedaran bahawa dalam pekerjaan kerjasama itu amat penting dan sikap itu perlu diubah segera. Bukan sahaja diamalkan di tempat kerja malahan di semua sekolah di Jepun.

#7. Bersikap Inovatif

jepun

Jepun dikelai sebagai sebuah negara yang banyak memperkenalkan ciptaan-ciptaan baru tetapi mereka juga bijak membuat inovasi sesuatu yang sudah dicipta. Banyak sayrikat-syarikat teknologi hari ini datang dari Jepun dan syarikat-syarikat ini lebih banyak daripada negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan UK.

Jepun banyak mencipta teknologi pacuan empat roda dengan mengambil  idea-idea daripda ciptaan Amerika Syarikat. Sebab sifat inovasi yang mereka ada hari ini, Jepun sangat terkenal dalam pasaran teknologi yang sangat berkualiti dan lebih kompetitif.

#8. Budaya Membaca

jepun

Jika anda menaiki tren di Jepun, seolah-olah berada di perpustakaan kerana anda akan melihat semua penumpang akan membaca buku atau menggunakan telefon pintar/komputer untuk menyiapkan kerja. Bukan sekadar membaca tetapi mereka juga sedang memanfaatkan masa yang ada tanpa melakukan perkara sia-sia.

Bukan setakat mambaca di negara sendiri, ketika melancong di luar negara juga mereka akan sentiasa membaca buku. Anda boleh perhatikan apabila masyarakat Jepun ini datang ke Malaysia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here