Selepas ini perbelanjaan anda menjadi lebih bermakna di stesen minyak PETRON, apabila stesen minyak ini menawarkan para pelanggannya untuk membuat tebusan Marvel Studios Avengers:Infinity War sekiranya perbelanjaan mencapai RM 50.
Satu pencapaian agak baik oleh Petron Corporation apabila berjaya mencipta sejarah dan menjadi satu-satunya syarikat pengeluar minyak dan gas dalam Malaysia berkerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar movie terbesar Marvel.
Pencapaian ini menarik perhatian orang ramai, disamping memberi peluang kepada peminat tegar Marvel untuk mendapatkan Marvel Studios Avengers:Infinity War pada kali ini.
Ia juga merupakan salah satu langkah mempromosikan tayangan tersebut kepada orang ramai yang mana ia bakal dilancarkan pada 27 April 2018.
Para pelanggan yang mengisi minyak di Petron mencapai RM 50, mereka mempunyai status layak untuk menebus atau membeli Marvel Studios Avengers : Infinity War dengan memperolehi mata ganjaran Petron Miles.
Oleh itu, mereka yang gemar mengumpul koleksi patung-patung seperti Avengers, ini adalah peluang untuk anda memenuhi impian dengan kehadiran watak-watak baru dalam filem berkenaan.
Promosi sudah pun bermula sejak 5 April dan akan berakhir pada 31 Mei akan datang. Peromsi membabitkan premium jenis beg (hanya satu bentuk tersedia), power bank (tiga reka bentuk tersedia), tikar anti-licin (tiga reka bentuk tersedia), dan koleksi watak adiwira (merangkumi enam watak).
Sebagai makluman kepada para peminat Avengers, antara enam koleksi adiwira yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Iron Man
Captain America
Hulk
Thor
Doctor Strange
Black Widow
Watak adiwira akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu untuk dua watak sahaja.
Lebih menyeronokkan adalah, peluang mendapatkan baucer filem Avengers: Infiniti War pada ganjaran mata Petron Miles sebanyak 1200 mata.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com