Secara umum kesemua pusat beli belah di seluruh Malaysia menggunakan beg plastik untuk memudahkan para pembeli membawa barangan yang dibeli pulang ke rumah. Tidak terkecuali Tesco Stores yang menyediakan perkhidmatan yang sama.

 

Seperti yang diketahui, plastik yang digunakan secara menyeluruh sebenarnya menyumbang kepada pencemaran alam sekitar sekiranya masyarakat melepaskan tanggungjawab penting.

Oleh itu, pengendali rangkaian pasar raya besar Tesco di Malaysia memberi fokus terhadap pengurangan penggunaan beg plastik pada tahun ini menerusi sebuah kempen terbaru iaitu Unforgettable Bags.

sumber foto : Koloni Hitam

Anjuran program itu akan menyaksikan Tesco memperkenalkan rekaan terbaru iaitu beg kitar semula yang mana ia menggantikan beg plastik. Sekali gus membantu menyelamatkan persekitaran daripada pencemaran alam sekitar.

Selain itu, menggalakkan para pembeli supaya menggunakan semula beg kitar semula itu apabila mengunjungi pusat beli-belah di mana-mana sahaja.

Sejak beberapa tahun yang lepas, pihak Tesco Malaysia sudah pun memulakan langkah pengurangan penggunaan beg plastik yang diberikan di seluruh cawangannya sepanjang tahun 2011 – 2017, tetapi masih tidak mencukupi.

gambar hiasan

Namun begitu, mereka tidak berputus asa untuk meneruskan usaha murni tersebut. Operasi penggunaan beg kitar semula akan diteruskan melalui kempen yang diperkenalkan, malah secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada para pelanggan mereka.

Beg kitar semula terbaru itu terbahagi kepada tiga rekaan dengan mengandungi bar cod yang mana apabila diimbas, pemilik berkenaan akan dapat menikmati rebat 20 sen bagi pembelian masing-masing. Rebat itu juga sah secara maksimum dua beg bagi setiap transaksi sehingga 31 Disember 2018.

Masyarakat sedar bahawa plastik merupakan bahan sukar dilupuskan dan mengambil masa yang lama untuk tunggu ia hancur seperti kertas, tidak seperti kertas hanya memerlukan tempoh pendek.

gambar hiasan

Usaha Tesco Stores Malaysia Sdn. Bhd. adalah langkah proaktif untuk menyedarkan masyarakat perlu bersama-sama menyelamatkan dunia daripada tercemar. Bukan sekadar tercemar tetapi juga mengundang pelbagai penyakit berjangkit.

Sumber : Harian Metro

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here