Sebuah bank di China mula beroperasi sepanjang masa tanpa memerlukan tenaga manusia, sebaliknya dikendalikan oleh robot-robot buatan manusia itu sendiri.

 

Dipercayai mesin robot ini juga telah berjaya menguruskan sehingga 90 peratus berkenaan urusan wang tunai dan juga pemindahan bukan tunai di cawangan bank tradisional.

Bank yang dikatakan itu adalah Construction Bank (CCB) cawangan Shanghai. Robot itu direka khas untuk pengurusan bank di sana.

robot
sumber foto : chinadaily.com.cn

Namun bukan sekadar membuka ruang dan peluang orang ramai merasai pengalaman baharu, tetapi ia juga langkah mengurangkan kos penggunaan kakitangan dan tenaga manusia.

Bagi segala urusan di bank berkenaan, mereka akan bersemuka dengan robot canggih itu. Melalui pengecaman suara customers robot akan melanjutkan segala urusan yang diperlukan.

Selain itu, CCB cawangan Shanghai turut meletakkan mesin wang automatik yang mana customer dapat melakukan pelbagai urusan, termasuklah urusan pembukaan akaun, pertukaran mata wang, transaksi wang, dan pengurusan isu harta serta pelaburan emas.

robot
sumber foto : chinadaily.com.cn

Dikatakan oleh seorang wakil daripada bank berkenaan, pengenalan sistem baharu itu memboleh mereka mengurus sehingga 90 peratus berkenaan urusan wang tunai dan juga pemindahan bukan tunai untuk cawangan bank tradisional.

Bagaimanapun, urusan yang melibatkan amaun besar mereka akan berurusan secara direct kepada pegawai bank di dalam sebuah bilik khas menerusi sambungan video live.

Menurut seorang Pengkaji Kanan Bank of Communications Shanghai, He Fei, berkata bank tersebut beroperasi tanpa kakitangan manusia menjadikan ia sebagai salah sebuah bank medan uji kaji bagi melihat maklum balas atau pendapat orang awam tentang sistem tersebut.

robot
sumber foto : lepetitjournal.com

Kecekapan sistem robot yang digunakan oleh bank membolehkan ia menyelesaikan segala permintaan standard dan boleh dikatakan urusan yang dikendalikan itu adalah urusan berulang kali daripada orang ramai.

Tetapi dari segi khidmat nasihat profesional pegawai bank sebenar itu masih diperlukan dan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada robot ciptaan itu. Hal ini kerana, sesetengah urusan itu adalah rumit, urusan harta pelanggan dan memerlukan human dealing process.

Jika dilaksanakan di Malaysia, adakah anda bersetuju dan apakah pandagan anda?

Sumber : MyNewsHub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here