vespa

Sejak diperkenalkan, lebih daripada 16 juta unit Vespa telah berjaya dipasarkan di serata dunia. Naza Premira Sdn Bhd telah melancarkan Vespa GTS Super 300 yang lebih eksklusif, memberi peluang kepada peminat skuter ikonik dari itali menambah koleksi kesayangan mereka menerusi pelancaran tersebut.

 

Setiap keluaran memperlihatkan perbezaan dengan ciri fizikal yang direka khas untuk keluaran tersebut. Perbezaan yang sangat ketara bagi model ikonik ini adalah kapasiti enjin  Quasar silinder tunggal 278.3cc sejukan cecair buatan Itali , menghambur kuasa masksimum sehingga 21.2 kuasa kuda (hp) pada 7,750rpm dan tork maksimum 22Nm pada 5,000rpm.

Selain itu, model ikonik terbaharu ini turut menggunakan tema ‘Bukan Untuk Semua’ menyerlahkan lagi ciri premium Vespa yang lebih menggambarkan ekspresi gaya hidup unik dengan ciri tersendiri.

Kuasa dibekalkan bagi memastikan tindak balas pendikit lebih pantas, dan sangat sesuai untuk bergerak di kawasan urban atau membuat pecutan di lebuh raya. Oleh itu, membantu si penunggang bergerak dengan pantas ke destinasi dan dapat menjimatkan masa perjalanan.

vespa

Vespa GTS Super 300 juga lebih sporty, sangat sesuai dibawa ke mana-mana sahaja. Model lebih unik dan memiliki gaya lebih tampak muda bersesuaian dengan taraf hidup moden dan bergaya di negara ini.

Apabila melihat model ikonik ini, fizikalnya kelihatan seperti dahulu nampak tegap dan besar selain membolehkan anda menyimpan helmet di dalamnya dengan lebih baik. Manakala identiti asal tidak diubah tetapi mengekalkan varian GTS tersebut.

vespa

Model ini berada pada tahap terbaik apabila dilengkapkan dengan penggera anti-kecurian. Jentera dua roda ini tidak boleh dihidupkan dengan cara luar kebiasaan kerana penggera akan mengunci fungsi kawalan enjin secara automatik bila ditinggalkan.

Bagaimanapun, soal keselamatan tetap menjadi keutamaan bagi setiap perjalanan jentera dua roda ini. Vespa GTS Super 300 hadir bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) yang terletak paad bahagian hadapan dan belakang serta Anti Slip Regulation (ASR) yang membantu meningkatkan kawalan jentera.

vespa

Pembaharuan lain termasuklah sistem pencahayaan teknologi lampu LED, sistem operasi jauh elektrik pada pelanan, paparan skrin LCD dan port USB yang membolehkan pemiliknya mengecas telefon pintar jika diperlukan.

vespa

Sekiranya anda ingin memilikinya, terdapat emapat pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Monte Bianco, Hijau Verde Speranza, hitam Grigio Titianio dan Kuning Giallo Gelosia. Harga pembelian ditawarkan pada RM25,540.

Sumber : Metro Harian

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here