Dalam membeli tiket kapal terbang, sudah tentu kita mahukan harga tambang yang termurah. Betul tak ? Hakikatnya, masih ramai yang tidak tahu rahsia sebenar mendapatkan tiket dengan harga yang murah.
Untuk pengetahuan anda, harga tiket penerbangan sebenarnya berubah dari semasa ke semasa. Tambahan pula, waktu anda membeli tiket sememangnya memberikan banyak perbezaan dari segi harga yang perlu dibayar.
Menurut satu kajian yang dijalankan mengenai harga tiket penerbangan 2018 oleh laman pelancongan ternama, CheapAir.com, mereka mendapati wujudnya satu pola di mana harga tambang akan menjadi paling murah di dalam satu-satu tempoh.
Kajian itu dibuat dengan menganalisis 917 juta jadual penerbangan yang disenaraikan.
Umum mengetahui bahawa membeli tiket kapal terbang di saat-saat akhir memang mahal dan membeli awal akan mendapat harga yang lebih murah.
Persoalannya : Berapa awalkah tiket sepatutnya dibeli ?
Mengikut kajian itu lagi, waktu terbaik untuk membeli tiket adalah 70 hari sebelum tarikh penerbangan. Namun, faktor musim juga mempengaruhi waktu tiket sepatutnya dibeli.
Di sini kami senaraikan waktu ideal membeli tiket mengikut setiap musim :
Musim Sejuk – 62 hari sebelum penerbangan
Musim Bunga – 90 hari sebelum penerbangan
Musim Panas – 47 hari sebelum penerbangan
Musim Luruh – 69 hari sebelum penerbangan
Ada sesetengah orang berpendapat bahawa hari tiket dibeli juga memainkan peranan. Namun, itu adalah tidak tepat sama sekali. Harga tambang penerbangan tidak berubah mengikut hari anda membelinya, jadi anda tidak perlu risau.
Sebaliknya, hari penerbangan itulah yang akan memberikan perbezaan. Hari yang paling murah untuk terbang adalah Selasa dan Rabu, manakala Ahad pula adalah hari yang paling mahal.
Semoga tips ini akan dapat membantu anda untuk merancang perjalanan anda dengan lebih baik di masa akan datang. Terima kasih kerana membaca !
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com