gaji menteri dipotong 10%

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir mengesahkan bahawa bantuan kewangan khas untuk Aidilfitri akan mula dibayar pada 6 Jun.

Berikut merupakan perincian bayaran tersebut :

RM400 – Penjawat awam bagi gred 41 dan kebawah

RM200 – Pesara kerajaan

Bantuan itu adalah bertujuan membantu golongan penjawat awam berpendapatan rendah di negara ini supaya mereka dapat turut sama membuat persiapan bagi meraikan Hari Raya dengan keluarga tersayang.

Bantuan aidilfitri

Sementara itu, Tun Mahathir juga mengumumkan BR1M yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, akan ditukar kepada nama baru iaitu bantuan sara hidup rakyat.

Terdapat beberapa perbezaan di antara BR1M dengan bantuan sara hidup rakyat ini. Salah satunya adalah syarat pemberiannya yang lebih ketat. Difahamkan, tujuan itu adalah bagi membantu golongan yang benar-benar memerlukan dan bukannya untuk menguatkan pengaruh politik.

BACA JUGA :   Pelaksanaan GST Mungkin Dikembalikan.
hutang
Perdana Menteri Malaysia, Tur Dr Mahathir Mohamad

Tambahan lagi, Perdana Menteri itu juga mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansukah sepenuhnya bermula September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Buat masa sekarang, GST akan ditetapkan kepada kadar 0% bermula 1 Jun 2018.

Apa-apapun, diharapkan kerajaan Pakatan Harapan akan terus melakukan langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani masalah kos sara hidup yang sekian lama membelenggu rakyat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here