Selepas HSR, Projek MRT3 Juga Turut Dibatalkan Oleh Tun M

0
1394
MRT3

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad membatalkan Projek HSR, namun hari ini beliau sekali lagi membuat pengumuman untuk membatalkan Projek Transit Aliran Massa (MRT3) laluan 3 atau MRT Lingkaran.

Pembatalan projek itu disebabkan oleh pihak kerajaan telah mengambil kira tentang implikasi yang bakal berlaku ke atas ekonomi kewangan negara jika projek tersebut diteruskan serta ia dilihat bakal mendatangkan pembaziran dimasa hadapan.

Menurut Tun M juga, kerajaan terdahulu banyak melakukan pembaziran dengan membina banyak pembangunan tanpa memikirkan manfaat dan kewangan negara.

MRT3

Disebabkan itu, kerajaan pimpinan beliau kini, sangat berhati-hati dalam menguruskan kewangan negara agar mampu menguruskan kos pentadbiran negara. Hal ini termasuklah dengan nilai  Hutang negara yang terlalu tinggi.

BACA JUGA :   Zahid Serahkan Kuasa Kepada Tok Mad Hassan Untuk Memimpin UMNO

MRT laluan 3 dirancang oleh kerajaan dahulu untuk menjadikan laluan rel transit ke-13 dengan menggunakan sistem automatik sepenuhnya yang kelima dan sistem rel tanpa pemandu di Lembah Klang.

MRT3
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir

MRT3 adalah salah satu daripada 3 laluan keretapi yang dirancang di bawah Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang oleh MRT Corp. Laluan MRT Circle dijangka meliputi kawasan tumpuan di sekitar Bandar Malaysia,KL Ecocity, Bukit Kiara dan sentul. Projek tersebut bakal disiapkan sebelum 2025.

Bagi kedua-dua projek mega pengangkutan awam, HSR dan MRT3 yang dibatalkan kerana ia memerlukan kos yang tinggi.

Berita pengumuman ini dibuat oleh Tun M dalam sidang media tengah hari tadi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Jejak 5,000 Ahli Tabligh Susulan COVID-19

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here