Ahli Majlis Barisan Nasional (BN) Negeri Perlis bakal mengadakan sidang akhbar khas pada Jumaat ini bagi memohon ampun kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ekoran salah faham yang berlaku dan disebabkan itu, baginda raja murka dengan ahli BN tersebut.

Berikutan Salah faham membabitkan tentang pelantikan Menteri Besar Perlis lalu, sidang akhbar yang bakal diadakan akan dihadiri oleh semua Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Selain itu, sidang akhbar itu diadakan untuk menjelaskan mengapa mereka menolak pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.

Sidang akhbar akan diadakan di Hotel Putra Regency, jam 10.30 pagi. Diharapkan dengan adanya sidang akhbar ini dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit sebelum ini.

BACA JUGA :   Musa Aman Bakal Didakwa Atas Kesalahan Ugutan Jenayah ?

24 Mei lalu, Tuanku Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan Sembilan wakil rakyat BN tidak hadir pada najlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis.

Baginda begitu kecewa dengan kesemua tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari sebelum majlis berlangsung. Ahli BN tersebut tidak hadir tanpa memberikan sebab munasabab.

Isnin lalu, tujuh Ahli Dewan Undangan ADUN BN yang gagal menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Menandatangani Watikah Pelantikan Menteri Besar di Istana Arau, 24 Mei lalu, menyatakan pendirian menjunjung titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Pengumuman ini telah dimaklumkan kepada ADUN Santan, Azizan Sulaiman yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar. Beliau yang juga mewakili mereka (ADUN) telah bersepakat untuk menjunjung titah baginda.

BACA JUGA :   Ikan Lumba-Lumba Dikesan Berhampiran Dengan Jeti Kuala Perlis?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here