Kestabilan politik negara memberi impak positif terhadap perkembangan ekonomi serta mengembalikan semula keyakinan para pelabur asing masuk ke Malaysia terutama sekali daripada China.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China, Tan Yew Sing, kepercayaan China terhadap Malaysia semakin baik, malah mereka juga menaruh keyakinan untuk melabur semula kerana landskap politik yang stabil dan persekitaran pelaburan yang amat menggalakkan.

Malaysia-China mempunyai hubungan perdagangan yang baik sejak dahulu dan hari ini mereka semakin bertambah yakin untuk mterus melabur di negara ini. Keadaan ini sebenarnya didorong oleh pertukaran kerajaan baharu (Pakatan Harapan) yang menerajui pengurusan negara.

Beliau, Tan Yew Sing berkata mereka sudahpun bertemu dengan pelabur China dan mereka menyatakan hasrat untuk kembali melabur di Malaysia.

BACA JUGA :   Ini Punca Kenapa Agensi SPAD, MPN, JKKP & JASA Dibubarkan

“Saya telah bercakap dengan pelabur China dan mereka merancang untuk membuat pelaburan semula sekiranya apabila dasar ketelusan bagi sifar toleransi terhadap perbuatan korupsi,” ujar Presiden Dewan Perniagaan itu.

Selain itu, China menganggap Malaysia adalah rakan kerjasama penting bagi laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Mereka juga bersedia untuk mempromosikan Inisiatif ‘Belt and Road’ bersama negara ini, mencapai kesejahteraan bersama dan pembangunan dua negara serta membangunkan masyarakt Asia Melalui Satu Tujuan Bersama.

Tan Yew Sing juga berkata pelabur dari China penting sama seperti pelabur-pelabur asing yang lain. dan kesemua ini bergantung kepada kerajaan untuk memutuskan projek-projek yang bermanfaat kepada negara.

Tun Dr. Mahathir mengakui bahawa China sememangnya berperanan sebagai rakan akrab dan rakan pembangunan penting. Malaysia juga akan mempertingkatkan lagi kerjasama itu khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan perdagangan.

BACA JUGA :   Mat Sabu Mendapat Pujian Netizen - Duta AS ke Malaysia

Pelaburan bertujuan memberi manfaat kepada kedua-dua negara berkenaan disambut baik oleh Malaysia dan langkah ini sebagai satu usaha untuk meningkatkan lagi kerjasama pragmatik dari segi hubungan dua hala.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here