Seluruh media sosial di Malaysia hari ini gempar apabila tersebarnya kenyataan dari Kementerian Kewangan Malaysia yang menyatakan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan berkuat-kuasa pada 1 Jun 2018.

Walaubagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia pastinya berduka apabila kenyataan tersebut hanyalah palsu dan sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

GST dimansuhkan palsu
Berita palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Malah, Kementerian Kewangan menerusi kemaskini di laman Facebook turut menafikan ada mengeluarkan kenyataan berkenaan pemansuhan GST itu. Jadi, dapatlah disahkan bahawa kenyataan mengenai pemansuhan cukai tersebut adalah palsu.

Kenyataan palsu itu mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk memansuhkan cukai berkenaan selepas kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei lalu.

BACA JUGA :   Azmin Dedahkan Faktor Kemenangan Pakatan Harapan Pada PRU14

Kenyataan itu juga mendakwa ia sebagai hadiah kepada rakyat menjelang hari Raya Aidilfitri, dan kerajaan akan memulangkan semua kutipan GST bermula 9 Mei 2018.

Pakatan dalam manifesto PRU-14 mereka berjanji akan memansuhkan GST dalam masa 100 hari sekiranya mereka diberi mandat membentuk kerajaan Persekutuan.

GST dimansuhkan
Memansuhkan GST adalah salah satu daripada manifesto Pakatan Harapan.

Apa-apapun, diharapkan agar cukai ini tetap dimansuhkan dalam masa terdekat kerana ianya sangat mendatangkan beban yang besar kepada rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Singapura Naikkan Kadar Cukai GST Kepada 9% Dalam Tempoh 2021-2025

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here