Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebelum ini berada dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menyebabkan negara dibebani oleh hutang yang begitu banyak dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kenyataan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada Majlis Perhimpunan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Tun Dr. Mahathir, berkata bahawa negara terpaksa menanggung hutang sejumlah besar akibat kesilapan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Akibatnya, kini negara Malaysia dibelenggu hutang sebanyak RM1 trilion.

Sejurus melaksanakan tugas di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Tun Dr. Mahathir bertindak pantas dengan melakukan penelitian terhadap kedudukan kewangan negara yang sebenar, selain membuat pelbagai perubahan lainnya.

BACA JUGA :   Pas Dan Umno Bakal Bersatu? Realiti atau Fantasi.

“Kita mendapati kewangan negara, sebagai contoh, telah dicabul hingga menyebabkan negara menghadapi masalah menyelesaikan hutang yang meningkat kepada trillion ringgit,” ujar beliau.

Bukan itu sahaja, pimpinan kerajaan sebelum ini (BN) juga telah meninggalkan kesan parut berdarah apabila hutang mencecah RM1 trilion. Jika sebelum ini negara tidak pernah menanggung hutang melebihi RM300 bilion, tetapi sekarang?

“Negara sebelum ini tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti ini. Hutang juga tidak pernah melebihi RM300 bilion, tetapi sekarang ia meningkat kepada RM1 trilion,” ujar PM itu lagi.

Kedatangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, turut hadir bersama isteri Tun Dr Hasmah Ali, Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

BACA JUGA :   Tun M Akui Lambat Laun Rakyat Akan Hilang Kepercayaan Kepada PH

Kerajaan kini komited sepenuhnya untuk menjadikan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar, dan akan digantikan dengan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST).

Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) turut berjanji untuk memperkenalkan semula subsidi bahan api sebagai satu langkah mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia berikutan kos sara hidup meningkat dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here