Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa pulang dengan hampa apabila sekadar mendapat satu mata dalam perlawanan menentang PKNS di Stadium Shah Alam baru-baru ini.
Tidak dinafikan, keadaan padang yang tidak memuaskan menyebabkan kedua-kedua pasukan sangat bergelut untuk memperagakan corak permainan yang diinginkan.
Padang di Stadium Shah Alam itu menjadi lecak dan basah gara-gara hujan lebat yang turun tidak lama sebelum perlawanan bermula.
Akibatnya, pemain-pemain JDT tidak dapat melakukan hantaran dengan pantas dan tepat. Situasi itu juga menyaksikan kedua-dua pasukan banyak melakukan kesalahan di dalam tempo perlawanan yang perlahan berpunca dari keadaan padang.
Keputusan seri 0-0 yang dicatatkan itu bermakna JDT setakat ini gagal untuk memenangi 3 perlawanan liga di gelanggang lawan di kawasan Lembah Klang. Skuad ‘The Southern Tigers’ sebelum ini hanya sekadar seri 2-2 sama menentang Selangor dan tumpas 1-0 di tangan Kuala Lumpur.
Pada perlawanan tempoh hari, kedua-dua pasukan banyak mencipta peluang namun gagal disudahkan dengan baik. Beberapa detik cemas juga berlaku di hadapan gawang yang memaksa penjaga gol sentiasa sibuk menyelamatkan bola.
Setelah aksi separuh masa pertama tamat, JDT bangkit di separuh masa kedua dengan mengawal permainan dan lebih banyak memegang bola.
Namun, PKNS tetap ampuh bertahan dan berjaya menghalang lawan dari menembusi gawang mereka.
Dengan satu mata yang dikutip itu, JDT kini berada di tangga teratas liga, hanya enam mata di hadapan Perak. Manakala PKNS pula kekal di tangga keenam dengan 19 mata.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com