Kehangatan pilihan raya masih belum reda di negeri Kedah apabila negeri tersebut gagal mencapai persetujuan dalam soal pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). Berkemungkinan besar, negeri tersebut akan mengadakan sekali lagi Pilihan Raya negeri ekoran kegagalan kerajaan dan pembangkang gagal mencapai keputusan persetujuan bersama.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri besar Kedah, berharap agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Kedah merestui calon Speaker DUN yang dipilih oleh Pakatan Harapan (PH).
Tanpa persetujuan daripada pihak pembangkang, ianya akan mendatangkan masalah kepada PH terutamanya kepada rakyat serta pebagai lagi pihak yang terlibat.
Disebabkan pilihan raya negeri disifatkan hanya membazirkan masa dan duit sahaja, jadi MB Kedah itu memohon pertimbangan kepada pihak pembangkang untuk bersetuju dengan calon Speaker DUN PH supaya kerja-kerja pentadbiran boleh berjalan lancar.
Mukhriz walaubagaimanapun menolak tawaran tidak rasmi yang diberi oleh PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Kedah sebelum ini.
Kelmarin, seramai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kedah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam istiadat yang berlangsung di Istana Anak Bukit.
Istiadat itu dijalankan dengan dihadiri oleh Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin serta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Berikut adalah antara senarai Exco Kedah:
Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli serta Majlis Tndakan Negeri)
Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan serta Agama)
Datuk Dr. Ismail Salleh (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar)
Tan Kok Yew (Pengerusi jawatankuasa Pelancongan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan)
Ir. Zamri Yusuf (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air serta Tenaga)
Azman Nasrudin (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan serta Pembangunan Insan)
Mohd. Asmirul Anuar Aris (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Pembangunan Usahawan serta Badan-badan Bukan Kerajaan)
Ooi Tze Min (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Alam Sekitar)
Dr. Salmee Said (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Tinggi serta Perdagangan Dalam Negeri)
R. Summugam (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan serta Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi)
Halimaton Shaadiah Saad (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajukan Masyarakat dan Pembasmian Kemiskinan)
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com