Kehangatan isu pemindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis hari ini mula panas lagi. Presiden AS, Donald Trump telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel sehingga menyebabkan pertengkaran hebat yang melibatkan negara-negara lain.

 

Majoriti pemimpin dan masyarakat dunia tidak bersetuju dan menentang keras tindakan pemindahan kedutaan AS. Keadaan ini dibimbangi akan menambahkan lagi ketegangan diantara negara rasmi Plestin dengan negara haram Israel itu.

Bagaimanapun, Israel menegaskan bahawa mereka tidak akan melayan karenah yang membuatkan proses pemindahan itu dilambat-lambatkan. pemindahan itu tetap diteruskan seperti yang telah dirancangkan iaitu pada bulan Mei ini.

kedutaan as
sumber foto : Yeshiva World News

Turki menyifatkan tindakan Washington sebagai amat membimbangkan, dalam pengumuman yang dibuat semalam. AS akan membuka kedutaannya di Baitulmaqdis pada bulan Mei ini.

BACA JUGA :   Penganalisis: PM Najib Belah Bahagi Menyelar Tindakan Donald Trump Berkenaan Baitulmaqdis

Dalam sebuah kenyataan media dikeluarkan, mengatakan bahawa kegiatan diplomatik dan duta Washington akan mula berpindah pada minggu depan bersempena hari Yaum al-Nukbah, ulang tahun penduduk tanah Palestin dan penubuhan haram rejim Israel di tanah Palestin.

Apabila pemindahan itu berjaya dilakukan, dan menempatkannya di Jerusalem, Washington juga telah mempunyai perancangan untuk menamakan tempat tersebut sebagai “Trump Neighbourhood.”

kedutaan as
sumber foto : kalteng.tribunnews

Sehubungan itu, Trump turut mendapat undangan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk hadir pada hari pembukaan simbolik kedutaan itu di Quds.

Namun begitu, terdapat maklumat yang mengatakan bahawa presiden Donald Trump tidak akan menghadiri upacara tersebut. Disebabkan itu juga, sebarang rancangan untuk bergerak ke Palestin itu masih tidak diumumkan walaupun proses perasmian kedutaan itu telah dibincangkan di ‘White House.’

kedutaan as
sumber foto : computerworlduk

Pemindahan kedutaan AS ke Tel Aviv sebenarnya akan menyebabkan kerugian yang besar. Tetapi adakah AS mempunyai rasa kebimbangan soal kerugian atas pemindahan itu nanti? Dalam soal ini, mereka sanggup melakukannya kerana dianggap sebagai sesuatu yang sangat berbaloi.

BACA JUGA :   Hamas Mahu Malaysia Ketuai Isu Baitulmaqdis, Bangkang Keputusan Donald Trump

Tindakan Donald Trump telah melanggar dasar selama beberapa dekad apabila mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel secara rasmi dan akan meneruskan pemindahan kedutaannya ke Jerusalem.

Sumber : Berita Harian

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here