MESIR : SALAH SATU KEAJAIBAN DUNIA

Apabila bercerita mengenai negara Mesir, ramai berpendapat bahawa Mesir merupakan negara yang kaya dengan sejarah salasilah Islam, menjadi pusat kepada banyak penemuan artifak bersejarah serta keistimewaan Sungai Nil yang telah menjadi penempatan pertama bagi pemburu dan nelayan yang telah menetap disana lebih daripada 8,000 tahun dahulu.

Disamping itu, negara mesir juga telah menjadi salah satu pusat akademik serantau ketika berlakunya zaman kegemilangan bagi Pengajian Islam dan kesusasteraan bahasa Arab.

Mesir

Sehingga kini, negara Mesir telah menjadi salah satu destinasi pilihan bagi pelajar  antarabangsa dari seluruh pelusuk dunia termasuklah dari Afrika, Asia dan Eropah yang ingin melanjutkan pelajaran khususnya dalam bidang perubatan serta kesusasteraan Bahasa Arab.

PERBEZAAN MESIR DENGAN NEGARA LAIN

Banyak kelebihan yang boleh dilihat apabila pelajar memilih untuk melanjutkan pelajaran di negara Mesir. Antara kelebihannya ialah kos sara hidup yang rendah dimana pelajar mampu untuk hidup dengan selesa tanpa memikirkan tentang masalah kewangan.

Sebagai contoh, dengan hanya RM500 sebulan, pelajar boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan seperti makanan serta ubat-ubatan pada harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Mesir

Selain itu, pelajar mudah untuk menerapkan diri dengan nilai-nilai islam. Ini adalah kerana Mesir merupakan negara Islam yang terdiri daripada 90 peratus rakyatnya beragama Islam. Pelajar antarabangsa khususnya pelajar yang beragama Islam tidak perlu risau tentang bagaimana untuk mempraktikkan ajaran-ajaran Islam di sini

Ditambah dengan adanya banyak masjid dan surau-surau yang telah dibina di sekitar universiti di negara Mesir, para pelajar tidak perlu bimbang tentang tempat untuk menunaikan kewajipan solat pada bila-bila masa.

BACA JUGA :   RAMBUT GUGUR? INI SOLUSINYA

MENEMPATKAN UNIVERSITI-UNIVERSITI TERKEMUKA DUNIA

 

Mesir
Peta lokasi universiti-universiti terkemuka di Mesir

Tambahan pula, Mesir mempunyai beberapa universiti terkenal yang khusus dalam bidang perubatan serta kesusteraan bahasa Arab. Antara universiti terkenal yang telah menjadi pilihan pelajar daripada seluruh dunia ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Mansoura dan Universiti Alexandria.

UNIVERSITI AL-AZHAR

Mesir

Universiti Al-Azhar merupakan antara universiti yang tertua di negara Mesir sejak penubuhannya pada tahun 975 masihi. Universiti Al-Azhar yang telah diasaskan ketika dinasti Isma’ili Shi’a Fatimid memiliki beberapa fakulti yang meliputi pengkhususan dalam bidang undang-undang Islam dan perundangan (jurisprudence), nahu Arab (Arabic grammar), Ilmu Falak (Islamic astronomy) serta falsafah awal Islam, dan logik.

Namun pada tahun 1961, struktur universiti Al-Azhar telah dirombak kembali oleh kerajaan Presiden Mesir ke-2, Gamal Abdel Nasser di mana beberapa fakulti baru seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian telahpun ditambah dalam struktur pengajian di universiti Al-Azhar.

Universiti Al-Azhar merupakan pilihan utama pelajar dari Malaysia untuk melanjutkan pelajaran kerana ia merupakan pilihan terbaik yang telah mendapat pengiktirafan yang tinggi bagi pengajian agama yang mendalam.

UNIVERSITI MANSOURA

Mesir

Sejarah universiti Mansoura bermula pada tahun 1962 sebagai Fakulti Perubatan Cairo yang  kemudiannya telah berkembang dan telah dinaiktaraf sehingga berjaya membentuk empayarnya sendiri pada tahun 1972. Fakulti Perubatan Cairo ini juga telah ditubuhkan sebagai sebuah university yang dikenali sebagai Universiti Mansoura sehingga kini.

Universiti Mansoura telah diasaskan pada tahun 1972 di bandar Mansoura. Universiti Mansoura kini merupakan antara universiti  terbesar di Mesir dan telah diiktiraf oleh Malaysian Medical Council (MMC) pada tahun 1978.

Selain itu, Universiti Mansoura juga terkenal dengan penubuhan pusat perubatannya yang khusus kepada penubuhan pusat nefrologi terbesar di Afrika. Seramai 100,000 pelajar daripada seluruh negara telah mendaftar dan melanjutkan pelajaran di universiti Mansoura.  Sebanyak 17 fakulti telah dibentuk dengan menawarkan pelbagai kursus yang meliputi pengajian dalam bidang perubatan, pergigian serta farmasi.

BACA JUGA :   Belajar di Bangladesh Sesi Januari 2021.

UNIVERSITI ALEXANDRIA

Mesir

Universiti Alexandria merupakan sebuah universiti yang berada di tangga ke-14 di seluruh rantau Arab. Universiti Alexandria telah ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai sebuah kampus cawangan Universiti Kaherah. Ia telah menjadi sebuah institusi yang berasingan pada tahun 1942 dan telah dinamakan semula sebagai ‘Universiti Alexandria’ pada tahun 1952.

Universiti Alexandria merupakan universiti kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Medical Council pada tahun 1975. Pelbagai bidang pengajian yang telah ditawarkan bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Alexandria.

Kebanyakan bidang pengajian yang ditawarkan adalah meliputi bidang yang khusus kepada pergigian, perubatan serta sains kesihatan.

Mesir

Justeru, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi mengenai haluan pendidikan di Mesir secara percuma di pejabat Daulah Educonsult. Di situ, mereka akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang peluang pendidikan di luar negara yang sesuai dengan anda. Cuma, anda dinasihatkan untuk membuat temu janji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh anda ingin datang.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai jurusan-jurusan dan universiti di Mesir yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult, anda boleh layari laman web mereka iaitu www.daulahmedic.com

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian khidmat pelanggan di nombor 018-9624322 serta melalui emel daulahmedic@gmail.com

Jadi apa tunggu lagi, jangan sia-siakan peluang ini dan gapailah cita-cita anda untuk menimba ilmu di universiti terkemuka Mesir!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here