Kakitangan tetap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak perlu risau dengan pembubaran badan tersebut oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad. Hal ini kerana kakitangan yang bertaraf tetap akan diserap ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selepas Tun M mengumumkan berita pembubaran ini, banyak pihak yang bersimpati dengan nasib yang bakal menimpa kakitangan SPAD kerana menjangkakan mereka akan hilang pekerjaan. Ditambah lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, JPJ ketika ini mempunyai kekosongan jawatan sebanyak 1,000 tempat dan akan diisi oleh kakitangan SPAD. Kekosongan itu diutamakan kepada kakitangan SPAD terlebih dahulu untuk dipenuhi.
Berita ini telah mengembirakan kira-kira 800 kakitangan SPAD bertaraf tetap. Mereka tidak lagi perlu risau dan bimbang akan hilang tempat pencarian punca rezeki.
Justeru, kakitangan badan itu tidak perlu membuat sebarang permohonan baharu kerana mereka akan diserapkan serta-merta. Semua akan mendapat pekerjaan dan tiada satu pun individu yang gagal mendapat pekerjaan kerana kita sekarang dipimpin oleh kerajaan yang prihatin dan bertangungjawab.
Tugas serta peranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat kini akan diambil alih oleh MOT, melalui JPJ.
Sebelum ini, SPAD ditugaskan merancang, menyelia dan menguatkuasakan semua perkara berkaitan pengangkutan awam darat di Malaysia Barat, dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat yang telah diperkenalkan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010.
Kini, fungsi SPAD dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.
Walaubagaimanapun, operasi badan itu masih diteruskan seperti biasa sehingga Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim bertemu dengan pihak Pengurusan Tertinggi SPAD dan menstrukturkan semula kerja-kerja mereka.
Tahun lalu, JPJ menjadi salah satu agensi tertinggi menyumbang kepada hasil negara iaitu sebanyak RM4 bilion dan hasil itu diperolehi melalui pembaharuan lessen, insuran kenderaan serta nombor pendaftaran kenderaan istimewa melalui tender.
Selain SPAD, badan-badan lain seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) turut menerima nasib yang sama.
Perkara ini diumumkan oleh Tun M pada sidang media, Rabu lalu selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama di Bangunan Perdana Putra.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com