Rezeki Penjawat Awam Untuk Aidilfitri
Menteri Kewangan yang baru dilantik, Lim Guan Eng akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri supaya memberikan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Bantuan itu adalah bertujuan membantu golongan penjawat awam berpendapatan rendah di negara ini supaya mereka dapat turut sama membuat persiapan bagi meraikan Hari Raya dengan keluarga tersayang.
Walaubagaimanapun, jumlah bantuan Aidilfitri itu masih belum diputuskan dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.
Cadangan oleh Lim Guan Eng itu merupakan satu langkah yang baik dan dilihat prihatin terhadap keadaan rakyat yang sedang dibelenggu dengan kenaikan kos sara hidup dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Meskipun bukan beragama Islam, Lim Guan Eng sangat dikagumi oleh masyarakat Islam di Pulau Pinang apabila menaikkan peruntukan untuk pembangunan agama Islam di negeri itu setiap tahun, ketika beliau memegang jawatan Ketua Menteri.
Di bawah pimpinan beliau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan peningkatan peruntukan hal-ehwal agama Islam daripada RM50 juta pada tahun 2017 kepada RM53 juta pada tahun 2018.

Lim Guan Eng juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya bertimbang rasa kerana ekonomi negara ketika ini berada dalam keadaan yang kurang baik. Beliau turut menjelaskan bahawa masalah ekonomi banyak berlaku akibat ketirisan dan penyelewengan wang yang terjadi sebelum ini.
Pelbagai langkah drastik telah diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi menjimatkan perbelanjaan negara ini supaya hutang yang mencecah RM1 trilion akan dapat dikurangkan dengan kadar segera.
Antaranya termasuklah memotong gaji jemaah menteri sebanyak 10%, membubarkan agensi seperti JASA, SPAD & MPN serta menamatkan ratusan kontrak penjawat awam yang direkrut atas dasar lantikan politik oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com