Berang kerana tidak mendapat jawatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bersama peguamnya memfailkan writ saman di mahkamah Tinggi terhadap Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar dan Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal.

Musa Aman ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh TYT, Tun Juhar selepas Barisan Nasional ditumbangkan di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei baru-baru ini.

Walaupun telah mengangkat sumpah pada 10 Mei dan Shafie Apdal pada 12 Mei, Tun Juhar telah menghantar surat kepada Musa Aman yang menmberitahu bahawa dirinya secara bukan lagi Ketua Menteri Sabah.

Shafie Apdal dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru setelah enam orang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional berpaling tadah dengan menyertai parti Warisan pimpinan Shafie Apdal.

BACA JUGA :   Pilihan Raya Kali Ini Lebih Meriah Dengan Gandingan Bapa Dan Anak

Susulan itu, Musa Aman nekad mahu memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi sebagai respon terhadap Datuk Seri Shafie Apdal yang dipilih menggantikan dirinya sebagai Ketua Menteri Sabah. Malah, Musa juga mahu dirinya diisytihar sebagai Ketua Menteri yang kekal.

Susulan daripada itu, Tun Juhar telah membuat laporan polis terhadap Musa Aman berhubung tindakannya itu.

Oleh itu, pihak polis meminta Datuk Seri Musa Aman menghadirkan diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan laporan yang dibuat oleh Tun Juhar.

Tindakan yang dilakukan oleh Musa Aman itu boleh disifatkan sebagai kesalahan ugutan jenayah. Jika bersalah, beliau boleh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA :   Najib Diminta Hadir Ke SPRM Pagi Ini, Untuk Beri Keterangan

Sehingga kini, pihak polis turut berjaya merakam percakapan sembilan orang saksi berhubung kes itu. Rakaman suara juga adalah sebagai bukti berkenaan kesalahan jenayah yang dilakukan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here