Kesilapan lalu jangan dibiarkan berulang kembali, seperti mana yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Kesilapan dan kekurangan tanpa disedari akan menyebabkan kerajaan menjadi lemah dan hilang kepercayaan rakyat kemudian jatuh ke pihak lain.

Baru-baru ini dalam sebuah ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat seluruh Malaysia supaya memantau dan mengkritik jika terdapat kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Seruan dibuat oleh Anwar Ibrahim itu jelas menunjukkan komitmen kerajaan baharu mahu menguruskan negara lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini dan memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk menegur kerajaan.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim juga sebagai ketua umum Pakatan Harapan akan bersama-sama rakyat akan memantau gerak geri kerajaan PH di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

BACA JUGA :   Pengawal Saya Ditarik Balik Oleh Kerajaan Pakatan Harapan - Najib

Hal ini bagi memastikan nasib rakyat dan negara terbela selama mana kerajaan Pakatan Harapan ini menerajui negara. Rakyat juga seharusnya tidak lepaskan peluang ini kerana Anwar Ibrahim sudahpun membuka laluan untuk bersuara demi masa depan yang lebih baik.

“Saya cakap dengan Tun Dr Mahathir yang kita akan pantau macam seperti timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Wan Azizah Ismail). Kita pantau macam mana tugas Izham Hashim di (Dewan Undang Negeri) Pandan Indah.

“Ini tugas kita, bukan mahu mencerca mereka tetapi mahu mereka melaksanakan tugas dengan betul dan harus menyempurnakannya,” ujar beliau pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam.

Beliau menegaskan kerajaan Pakatan Harapan supaya membela nasib rakyat yang miskin dan anak yatim selain berharap jurang ekonomi antara masyarakat di negara ini dapat diperbaiki atau dirapatkan.

BACA JUGA :   Inilah Perbezaan Kes Anwar Ibrahim Dengan Najib Razak
gambar hiasan

“Golongan kaya itu melimpah kekayaannya. Sangat berbeza dengan golongan berpendapatan rendah yang sering dibebani oleh cukai dan kenaikan harga barang,” ujar beliau lagi.

Oleh itu, Anwar turut mengatakan bahawa isu yang kian lama disedari oleh rakyat ini harus diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir itu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here