Bagi setiap Perdana Menteri Malaysia sama ada bekas PM ataupun yang sedang memegang jawatan it, mereka mempunyai sekumpulan pengawal yang ditugaskan khas untuk menjaga keselamatan dan bantuan jika berlaku kesulitan.

Bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam memuat naik beberapa gambar di laman Facebook miliknya iaitu gambar beliau membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Tindakan Khas, Polis Pengiring dan Pegawai yang selama ini bertugas untuknya.

Beliau mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menarik balik kumpulan pengawal yang sedia ada sejak beberapa minggu ini. Beliau bersama kumpulan pengawal itu diselubungi oleh emosi dan ada juga yang menitiskan air mata pada ketika itu.

“Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan.

BACA JUGA :   Najib Didakwa Dengan Tiga Kes Terbaharu.

Najib Razak turut mengatakan bahawa dia tidak akan pernah melupakan jasa mereka yang sudahpun berkhidmat selama 9 tahun, termasuk juga mereka yang berkhidmat kepada beliau dan keluarga selama 14 tahun sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

“Saya dan keluarga tidak akan melupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini – termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau melontarkan kata-kata terakhirnya mahu mereka terus setia menjaga kebajikan kerana mereka merupakan anggota dan pegawai yang berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan baharu.

Pengawal itu sebenarnya bukanlah ditarik tetapi hanya jumlah anggota itu dikurangkan menurut ketua Polis di-Raja Malaysia (PDRM), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang menafikan kenyataan itu.

BACA JUGA :   Hapuskan GST, Terus Laksana Projek Pembangunan Dalam Negara

“Kita akan mengikut SOP yang ditetapkan. Bekas-bekas perdana Menteri mempunyai kelayakan-kelayakan tertentu, kita akan akur. Tetapi kita akan kurangkan jumlahnya, bukan seperti mana sebelum ini.

“Bukan semuanya ditarik balik, kita akan menetapkan mengikut SOP yang saya sebut tadi. Ada ADC, pengawal peribadi dan ada juga pemandu yang akan dikekalkan,” ujar beliau.

Jika sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menyatakan pengawal keselamatanya ditarik balik oleh kerajaan sebelum ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here