pekerja bangladesh di malaysia

Selamat Tinggal Pekerja Bangladesh

Menteri Sumber Manusia yang baru dilantik, M. Kulasegaran menegaskan bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini dari 2016-2019 akan dikaji semula di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Antara sebab perjanjian itu akan dikaji semula adalah kerana kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing di Malaysia.

pekerja bangladesh di malaysia
Seramai 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini sehingga tahun 2019, menurut MoU yang ditandatangani.

Keduanya, kerajaan mahu memberikan keutamaan pekerjaan kepada rakyat di negara ini dan bukannya orang luar. Tidak dinafikan, hari ini jumlah pekerja asing di Malaysia adalah terlalu ramai sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan warga tempatan.

Namun begitu, Kulasegaran memberitahu bahawa kerajaan tidaklah terlalu kejam dengan mengusir pekerja asing ini secara drastik. Bagi pekerja asing yang sudah berada di Malaysia, mereka akan diberikan tempoh masa tertentu yang mana mereka boleh membuat persiapan secukupnya untuk pulang ke negara asal.

BACA JUGA :   Zahid Beri Amaran Kepada KJ Supaya Jangan Buka UMNO Kepada Bukan Melayu

Kemasukan pekerja Bangladesh yang bakal datang ke Malaysia inilah yang akan dikaji semula oleh kerajaan sekarang.

pekerja bangladesh di malaysia
Keutamaan akan diberikan kepada rakyat warganegara Malaysia.

Umum mengetahui bahawa pekerja Bangladesh di negara ini lazimnya bekerja di sektor buruh di mana mereka dipaksa bekerja keras dan dibayar dengan upah atau gaji yang tidak setimpal.

Ketika ditanya adakah rakyat Malaysia mahu bekerja di sektor tersebut setelah ketiadaan pekerja asing, Menteri Sumber Manusia itu menjelaskan bahawa ianya tidak akan mendatangkan masalah. Tetapi, yang penting adalah keutamaan harus diberikan kepada rakyat Malaysia.

pekerja bangladesh di malaysia
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran

Beliau turut mempersoalkan tindakan sesetengah industri yang menggunakan terlalu banyak khidmat pekerja asing. Menurutnya lagi, negara-negara lain seperti Australia dan New Zealand tidak menggunakan pekerja asing tetapi perkara sebaliknya pula berlaku di Malaysia.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa PAS & UMNO Setuju Zahid Hamidi Jadi Ketua Pembangkang

Jadi bagaimana, adakah anda setuju perjanjian ini dikaji semula ? Lontarkan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here