Kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, mencatat satu sejarah apabila berjaya ditumbangkan oleh Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun sudah lebih enam dekad memerintah negara, tetapi sudah tiba masanya rakyat menukar kerajaan BN kepada kerajaan baharu. Tahukah anda punca sebenar kekalahan teruk yang dialami oleh kerajaan BN sebelum ini ?

Menurut Rafizi, punca kemenangan itu bukan;ah kerana populariti Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi ia berlaku kerana rakyat sedar tentang apa yang sedang berlaku kepada negara di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

rafizi

Rafizi turut menegaskan bahawa kos sara hidup melambung serta pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) merupakan sebab utama pengundi meletakkan kepercayan kepada PH untuk mentadbir negara.

BACA JUGA :   Plaza Tol Batu Tiga Dan Sungai Rasau Tidak Akan Dihentikan Pada 2018

Bukan itu sahaja, prestasi Barisan Nasional pada ketika itu juga dilihat semakin merosot dan rakyat mula hilang kepercayaan sejak pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 yang lalu.

Bagaimanapun, kenyataan naib presiden PKR itu berkata ia terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 oleh Invoke Malaysia yang mana mereka mendapati rakyat sebenarnya terkesan oleh kenaikan kos sara hidup dan pelaksanaan GST.

rafizi

“Kami melakukan tinjaun pendapat pasca PRU. Saya lebih cenderung untuk mengatakan kesimpulan sekarang dan data yang akan mengesahkannya. Pada akhirnya, isu besar berbangkit adalah isu punca pendapatan. Ia tentang GST yang lebih mengatasi masalah lain,” ujar beliau.

Sebelum ini sesetengah pihak mengatakan punca kemenangan PH adalah disebabkan oleh Tun Dr Mahathir, kerana berjaya menyatukan parti pembangkang, khususnya bertanding di bawah satu logo buat pertama kali.

BACA JUGA :   PRU 14 akan diadakan semula? Tukar atau Kekal .

Sungguhpun begitu, bukanlah Tun Mahathir saja punca itu berlaku tetapi ia juga didorong oleh masalah yang dihadapi oleh rakyat. Rakyat mula sedar, maka satu perubahan yang dimahukan oleh rakyat.

Kejayaan PH menumbangkan BN pada PRU kali ini tercapai apabila undi golongan berusia berjaya dimonopoli dan ia juga disandarkan kepada faktor Tun Mahathir, berikutan PKR dan DAP sebelum ini gagal melakukannya.

Bagaimana dengan pendapat anda sebagai rakyat Malaysia?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here