Jika selama ini impian Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir untuk melihat pembinaan jambatan bengkok atau jambatan Indah di Johor terkabur disebabkan tiada persetujuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa era pemerintahannya yang lalu namun sekarang tidak lagi menjadi mimpi buat Tun Dr. Mahathir.

Ianya telah pun diberi pencerahan oleh Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang tidak menolak sebarang kemungkinan berhubung pembinaan jambatan yang menghubungkan Johor dan Singapura itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.  Beliau ketika ditemui di sebuah temu bual memberitahu bahawa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah bercadang untuk meneruskan semula projek yang telah lama diusulkan oleh beliau sejak kepimpinan kerajaan terdahulu lagi.

“Saya kata terpulang Tun, ini idea Tun. Jika Tun mahu jambatan diteruskan saya hanya ikut,” katanya.

BACA JUGA :   Pertubuhan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Malaysia (Aswaja) Puji Tindakan Sultan Johor Haramkan Penceramah Berfahaman Wahabbi Dan Menyeleweng

Osman Sapian memberitahu idea projek ini telah lama diminta oleh Tun Dr. Mahathir sejak zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi dan beliau bersetuju untuk melakukannya namun selepas pemerintahan beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, beliau sebaliknya tidak mahu melaksanakannya.

Idea pembinaan jambatan bengkok dari Perdana Menteri ini bakal memberikan keselesaan buat semua orang yang sering keluar masuk antara Singapura dan Johor. Ia juga dapat mengurangkan kesesakan teruk yang sering berlaku di sempadan negeri itu akibat aliran keluar masuk di jambatan Tambak Johor yang sering sibuk.

Idea pembinaan jambatan bengkok ini telah disambut baik dan disokong oleh rakyat Johor sejak pengusulan Perdana Menteri kepada kepimpinan terdahalu kerana jambatan bengkok ini dapat menggantikan jambatan Tambak Johor yang sangat sempit untuk menampung kadar keluar masuk yang sangat padat serta keadaan usangnya.

BACA JUGA :   Tok Mat & Khaled Nordin Terpaksa Dikorbankan Demi Jatuhkan Najib

Idea pembinaan jambatan bengkok ini bukan sahaja diterima baik oleh seluruh rakyat Johor tetapi turut disokong oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Johor sebelum ini yang turut bersetuju supaya kepimpinan terdahulu untuk meneruskannya kerana jambatan bengkok ini bakal memberikan kemudahan buat seluruh rakyat Johor namun tidak diteruskan.

Menurut sumber dari Awani, perancangan asal pembinaan jambatan bengkok sepanjang 1.4 kilometer sepatutnya dibina bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang  1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923 lagi.

Tun Dr. Mahathir turut melihat potensi ekonomi yang akan menguntungkan ekonomi  Malaysia dengan pembinaan jambatan bengkok ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here