harga barang

Sejak dua tiga hari lepas, heboh diperkatakan tentang harga barang naik, terutamanya bagi barang basah. Apa sudah jadi? Pengguna mempertikaikan mengapa harga barang naik sedangkan GST (Goods and Services Tax) akan dimansuhkan bermula 1 Jun ini.

Boleh dikatakan hampir setiap negeri merasai kenaikan harga barang. Ini memberikan bebanan kepada pengguna terutamanya yang berpendapatan rendah. Pemantauan oleh pihak berkuasa perlu dilakukan segera bagi membendung masalah ini daripada  menjadi serius.

harga barang

Di Johor Bahru, pemantauan yang dilakukan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) ke atas lapan pasar awam utama di setiap daerah di negeri ini mendapati 28 barangan mengalami kenaikan harga diantara empat hingga 50 peratus.

BACA JUGA :   Pilihan Raya Umum Tidak 'Kena' Dilakukan Dalam Situasi COVID-19

Berdasarkan laporan penguatkuasa yang dikeluarkan, terdapat 71 jenis barangan dibawah pemantauan dan sebanyak 33 barangan direkodkan menunjukkan penurunan harga antara 3.85 hingga 41.67 peratus manakala 10 lagi tidak menunjukkan perubahan harga.

harga barang

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan, antara barang yang mencatatkan kadar kenaikan harga ialah kobis bulat import daripada RM4 kepada RM5 sekilogram, harga cili hijau meningkat daripada RM9 kepada RM10 sekilogram.

Manakala harga ayam bersih (standard) mengalami sedikit penurunan dalam beberapa sen sahaja. Harga bagi kelapa parut, santan, telur ayam, daging lembu tempatan dan daging kerbau import harga masih kekal sama. Walaupun sebelum ini harga daging meningkat sebanyak RM36 sekilogram.

Keadaan ini menjadikan rakyat hidup susah dengan keadaan ekonomi negara masa kini. Pelbagai pihak berusaha untuk mengatasi masalah ini. Namun memerlukan sedikit masa untuk selesaikannya.

BACA JUGA :   Jalankan Tugas Seperti Biasa Buat Penjawat Awam

harga barang

Para peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga sesuka hati terutamanya di musim perayaan nanti. Hal ini dilihat seolah-olah peniaga mengambil kesempatan dengan pemansuhan GST Jun ini dengan menaikkan harga.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here