Sambung Belajar di Rusia ?

Rusia merupakan satu negara yang cukup disegani di mata dunia. Gah dengan statusnya sebagai negara terbesar di dunia, kedudukan Rusia juga strategik kerana terletak bersempadan dengan negara-negara Eropah dan Asia serta lautan Pasifik dan Artik.

Bila menyebut tentang tarikan-tarikan istimewa di Rusia, pastinya tak cukup kertas untuk menyenaraikan kesemua tarikan di negara gergasi ini. Pendek kata, memang terdapat sangat banyak keistimewaan yang pasti mengujakan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Salah satunya adalah Bolshoi Moscow (Teater Moscow) dan syarikat-syarikat balet Mariinsky St Petersburg. St Petersburg, yang diasaskan oleh ketua Rusia, Peter the Great, mempunyai Istana Musim Sejuk yang baroque, kini menjadi sebahagian daripada koleksi seni Muzium Negara Hermitage.

Trans-Siberia Railway

Rusia mempunyai laluan kereta api terpanjang di dunia iaitu laluan Trans-Siberia. Laluan ini menjangkau hampir ke seluruh negara, daripada Moscow di kawasan barat dan hinggalah ke Vladivostok di timur. Sekiranya menaiki kereta api ini dari hujung ke hujung, ianya akan mengambil masa 7 hari perjalanan tanpa henti dengan jarak keseluruhan perjalanan mencecah 9,289 km.

Di sebalik keindahan alam dan suasana yang wujud di bumi Rusia, negara itu juga terkenal di mata dunia kerana kredibiliti mereka dalam bidang perubatan. Untuk rekod, lebih dari 100,000 pelajar antarabangsa telah melanjutkan pengajian di Rusia. Ini membuatkan Rusia menjadi salah satu destinasi terbaik dunia yang paling ramai dipilih oleh pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan khususnya.

Justeru, di sini kami senaraikan antara 3 universiti yang paling berprestij di Rusia dalam bidang perubatan :

1)  I.M. Sechenoz First Moscow State Medical University / Moscow State Medical University (MSMU)

Moscow State Medical University (MSMU) adalah universiti tertua dan terbesar yang melatih pegawai perubatan di seluruh Rusia. Selama lebih dari 240 tahun, Akademi Perubatan ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam pembangunan sains perubatan, latihan perubatan dan kajian saintifik di negara tersebut.

Kini, institusi ini berfungsi sebagai pusat utama yang memberi latihan dan pensijilan untuk menaik taraf status perubatan kakitangan perubatan dan ahli farmasi di seluruh Rusia. Untuk pengetahuan anda, universiti ini berada di kedudukan ranking terbaik di Rusia dan mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), MMC, Kementerian Pengajian Tinggi dan UNESCO sebagai sebuah institusi perubatan kedua terbaik di dunia sejak tahun 1989.

BACA JUGA :   5 Universiti di Indonesia yang Ditawarkan oleh Daulah Educonsult

MSMU menawarkan tiga kursus dalam bidang perubatan iaitu kursus persediaan selama satu tahun, kursus perubatan selama enam (6) tahun di mana pembelajaran akan dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris serta kursus untuk pengajian lepasan siswazah iaitu masters.

Kemudahan yang terdapat di sini adalah ianya terletak dalam kawasan Pusat Bandar Raya dan hanya mengambil masa 20 minit dari Kedutaan Malaysia di Rusia. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah makmal, perpustakaan terbaik di Rusia, pusat perubatan yang merangkumi 18 buah klinik dengan pelbagai jenis bantuan perubatan, bilik kuliah dan asrama penginapan yang baru sahaja dibina bagi menampung keperluan pelajar.

2) Kursk State Medical University (KSMU)

Kursk State Medical University mula ditubuhkan pada tahun 1935. Bermula pada tahun 1994, KSMU menjadi universiti pertama yang menawarkan kursus perubatan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Universiti ini mempunyai reputasi yang cukup disegani dan sudah melatih lebih daripada 25,000 pegawai perubatan profesional di seluruh dunia.

KSMU mempunyai kemudahan infrastruktur yang cukup lengkap, antaranya adalah klinik dan makmal perubatan yang terdapat di 25 buah hospital dan klinik kerajaan di negara itu bagi tujuan latihan dan praktikal. Di samping itu, mereka juga menyediakan asrama penginapan berdekatan kampus universiti, surau untuk pelajar muslim, makanan halal turut mudah untuk didapati selain terletak berdekatan dengan pusat membeli belah dan pasar raya besar berhampiran dengan kampus universiti.

Ijazah perubatan yang diperolehi dari Kursk State Medical University ini bukan sahaja diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), malah turut diiktiraf di peringkat antarabangsa. Antaranya adalah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNESCO dan Majlis Perubatan Am (GMC) negara-negara utama Eropah, termasuklah United Kingdom, Perancis, pelbagai badan perubatan di peringkat antarabangsa serta diakui oleh lebih 40 buah negara.

Menurut statistik, universiti ini telah menjadi pilihan lebih daripada 1300 pelajar Malaysia dan sejak tahun 1997, seramai 520 pelajar Malaysia sudah menamatkan pengajian di universiti tersebut.

KSMU menjadi pilihan kebanyakan pelajar memandangkan yuran pengajian dan kos sara hidup di sana tidak terlalu tinggi berbanding universiti perubatan yang lain. Selain itu, keadaan persekitaran sosial di KSMU juga tidak terlalu membimbangkan kerana kawasan kejiranan tersebut sangat selamat untuk didiami.

BACA JUGA :   Maahad Buuth Peluang Pengajian Di Mesir.

3) Russian National Research Medical University

Russian National Research Medical University ditubuhkan pada tahun 1906 dan merupakan institut perubatan tertua dan terkenal di Rusia. Universiti ini juga mempunyai Fakulti Pediatrik yang merupakan satu-satunya fakulti pertama seumpamanya yang ditubuhkan di dunia.

Bahasa pengantaraan yang digunakan di sini adalah Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, penggunaan Bahasa Rusia akan digunakan ketika pelajar mula menjalani latihan ilmiah atau praktikal di hospital tempatan. Perubahan penggunaan bahasa ini penting kerana pelajar akan menjalani latihan praktikal yang memerlukan mereka berinteraksi dengan pesakit dan kakitangan perubatan di hospital berkenaan.

Dari segi kemudahan, universiti ini menyediakan pelbagai kemudahan yang cukup lengkap termasuklah bilik kuliah, makmal, perpustakaan, kemudahan praktikal yang canggih, penginapan di dalam kampus universiti dan pelbagai lagi kemudahan lain.

Universiti ini berada di tangga kedua dalam kalangan universiti perubatan terbaik di Rusia dan juga merupakan salah satu universiti perubatan terbaik di dunia. Lebih penting, Russian National Research Medical Universiti diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dan MMC.

Jom Sambung Belajar di Rusia !

Untuk makluman anda, tawaran untuk pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan yang ditawarkan di Malaysia adalah sangat terhad. Ianya bergantung kepada kuota yang ditetapkan oleh setiap universiti awam. Pendek kata, ada yang bernasib baik dan ada yang tidak.

Kebanyakan pelajar yang menerima keputusan UPU baru-baru ini berasa kecewa kerana tidak mendapat bidang yang diingini, lebih lebih lagi bidang pengajian yang berkaitan dengan sains seperti Perubatan, Pergigian mahupun Farmasi.

Namun begitu, para pelajar tidak perlu bimbang kerana peluang tidaklah tertutup sepenuhnya. Ini kerana Rusia telah membuka banyak peluang kepada pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat Asasi mahupun Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan.

Rusia telah membuka intake bagi sesi September 2018. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara Rusia, anda boleh hubungi/ whatsapp Daulah Educonsult di talian khidmat pelanggan iaitu 018-9624322 atau layari laman web mereka di daulahmedic.com.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here