Seperti mana yang diketahui umum, negara sedang mengalami defisit yang sangat membimbangkan. Keadaan ini diketahui sejurus peralihan kuasa kepada Pakatan Harapan (PH).
Kerajaan dilihat menghadapi kesukaran apabila perdana menteri Tun Dr Mahathir membuat satu pengumuman berkenaan pelaksanaan Tabung Harapan Rakyat yang mana ia adalah bertujuan untuk rakyat menyalurkan bantuan bagi menangani isu krisis ini.
Dalam pada itu, kerajaan sangat mengalu-alukan sumbangan daripada rakyat. Semua sedar hutang negara telah melonjak ke paras yang lebih tinggi berbanding era pemerintahan pemimpin-pemimpin terdahulu.
“Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat bagi membantu kedudukan kewangan negara,” ujar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan.
Tun Dr Mahathir juga menegaskan kesemua hasil sumbangan itu akan diberikan kepada kementerian yang berkenaan untuk mengendalikannya.
“Maka kerajaan tentukan semua derma ini diberi kepada kementerian berkenaan,” katanya lagi.
Pentadbiran lama meninggalkan kesan parut sehingga menyebabkan kerajaan baharu terpaksa menanggung beban itu sebelum ia dapat dipulihkan semula. Sebelum ini juga kerajaan BN terlalu bergantung kepada China dan terpalit dalam skandal 1MDB.
Bagaimanapun anggota perlimen Langkawi berkata ramai yang sedar tentang kedudukan kewangan negara ketika ini, begitu teruk dan ramai juga yang bersedia untuk menyalurkan sumbangan kepada Tabung Harapan Rakyat berkenaan.
Sebelum ini juga Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan hutang yang ditanggung negara adalah sebanyak 1 trilion. Ini juga menjadi satu sejarah dalam negara kerana sebelum ini hutang tidak pernah mencecah sebanyak jumlah tersebut.
Bagaimana keadaan negara di masa akan datang sekiranya hutang ini tidak dikurangkan malahan bertambah? Adakah rakyat hanya mahu melihat keadaan ini terus berlaku tanpa melakukan apa-apa tindakan? Renung dan fikirkan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com