agensi

Pertukaran tampuk pemerintahan BN kepada Pakatan Harapan memperlihatkan kerajaan baharu komited memperbaiki semula kepincangan yang berlaku dalam pengurusan negara hasil pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Bertitik tolak daripada itu, Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Mahathir mengambil langkah drastik dengan membubarkan beberapa agensi kerajaan. Antara agensi yang dibubarkan termasuklah :

-Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD)

-Majlis Profesor Negara (MPN)

-Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) 

-Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP)

Sebenarnya, tujuan Tun Mahathir membubarkan badan-badan tersebut adalah bagi menjimatkan perbelanjaan negara yang kini dibelenggu masalah hutang mencecah RM1 trilion. Tambahan pula, badan-badan itu ditubuhkan oleh kerajaan sebelum ini yang berfungsi menjalankan agenda kerajaan yakni bermotifkan pilitik.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa China Yakin Semula Untuk Melabur Di Malaysia

Justeru, Tun Mahathir melihat kewujudan agensi-agensi ini merupakan satu pembaziran kepada negara, malah membebankan rakyat.

Setelah dibubarkan, SPAD akan bernaung di bawah Kementerian Pengangkutan, jelas Tun Dr. Mahathir selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya hari ini.

Selain itu, Majlis Profesor Negara (MPN) turut dibubarkan kerana tidak lagi berfungsi sebagai sumber maklumat kepada kerajaan, malah sejak kebelakangan ini majlis itu banyak dipengaruhi unsur-unsur politik yang hanya mahu menguatkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Turut dimansuhkan iaitu JASA yang jelas dilihat bertujuan membantu pasukan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengukuhkan kuasa pemerintahan mereka.

Tambahan lagi, JKKP yang digugurkan akan digantikan dengan pegawai kerajaan yang berpotensi melakukan tugas-tugas berkaitan.

BACA JUGA :   Rafizi Dakwa Kemenangan PH Dalam PRU14 Bukan Disebabkan Tun Mahathir

“Kita mempunyai pegawai kerajaan yang boleh jalankan tugas. Kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP kerana kita tidak mahu amalkan politik seperti itu,” ujar Tun Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, kerajaan juga akan meneruskan tindakan melucutkan penjawat awam lantikan kontrak yang mempunyai unsur politik. Sungguhpun begitu, kerajaan akan mengambil kira tentang golongan berpendapatan rendah dan tidak akan berlaku kejam dengan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa pekerjaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here